Carian Kursus

[ CAA0067 ] KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI PEMBIAKAN IKAN PATIN (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus pembiakan ikan patin adalah penting kerana ia merupakan ikan makan yang mendapat permintaan ramai. Bagi pengurangkan penangkapan ikan patin di sungai, sistem aruhan adalah cara terbaik menghasilkan benih sendiri dan ini dapat memelihara sumber semula jadi. Ini juga dapat meningkatkan pendapatan penternak

Objektif Kursus
  1. Memahami dan mendedahkan penternak kaedah pengurusan pengeraman telur dan kaedah asuhan rega dan benih ikan patin
  2. Mengaplikasikan teknik pembiakan ikan air tawar khususnya ikan patin
  3. Mempelajari kaedah pengurusan induk ikan patin yang menjadi asas dalam program pembenihan ikan air tawar
  4. Mendedahkan penternak dalam pengurusan pemakanan induk, rega dan benih ikan patin
Syarat Tambahan

Sasaran peserta;

Belia, individu yang ingin memulakan aktiviti akuakultur, pengusaha dan penternak ikan air tawar.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 08/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah Menjaring & Pemilihan Induk (Amali)
: Teknik Pembiakan Ikan Patin (Ceramah)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Teknik Pembiakan & Suntikan Hormone HCG (Amali)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Makanan Hidup & Makanan Formulasi (Ceramah)
Hari Ke-2 | 09/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teknik Penyediaan Sistem Penetasan Ikan (Amali)
: Teknik Pembungkusan & Pengangkutan Ikan (Ceramah)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Suntikan Pertama Hormon Ovaprim (Amali)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Kualiti Air (Ceramah)
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Rehat & Makan Malam
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pemeriksaan Induk dan Suntikan Ke-2 Hormon Ovaprim (Amali)
Hari Ke-3 | 10/07/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Kesihatan Ikan (Ceramah)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Pembiakan Aruhan & Pengeraman Telur (Amali)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Majlis Penutup