Carian Kursus

[ BZA0035 ] Kursus Komunikasi Berkesan [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah bertujuan untuk melatih penjawat awam untuk meningkatkan kualiti dalam kemahiran komunikasi yang berkesan dan dapat memastikan penyampaian perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan. Komunikasi berkesan merupakan perkara penting yang perlu ada pada setiap penjawat awam untuk memastikan dasar-dasar kerajaan dan aspirasi dapat disampaikan dengan sempurna kepada rakyat.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep komunikasi yang berkesan dalam hubungan interpersonal dan organisasi;
  2. Menerangkan kepentingan mengaplikasikan komunikasi verbal dan non-verbal yang berkesan;
  3. Menerangkan kepentingan menampilkan imej positif sebagai Petugas Barisan Hadapan dan
  4. Mengaplikasikan teknik komunikasi secara berkesan di peringkat individu dan kumpulan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 01/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latihan Asas Komunikasi & Kepentingan Komunikasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kepentingan Komunikasi (sambungan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Komunikasi Non-Verbal
Hari Ke-2 | 02/03/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perhubungan Awam dan Interpersonal
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Imej dan Keterampilan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Mendengar Secara Aktif dan Halangan Semasa Mendengar
Hari Ke-3 | 03/03/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perbincangan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Persembahan Kumpulan, Penilaian dan Penutupan