Carian Kursus

[ TZA0038 ] Kursus Program Transformasi Minda [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

Lulus kursus ini merupakan salah satu syarat pengesahan dalam jawatan. Oleh yang demikian, peserta yang hadir akan diberikan sijil kehadiran kursus dan akan menerima sijil keputusan sama ada lulus atau gagal PTM setelah panel penilai selesai bermesyuarat dalam tempoh sebulan daripada kursus berakhir.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA BIL. 2/2023 AKAN DILAKSANAKAN SECARA DALAM TALIAN.

 

Objektif Kursus
  1. Di akhir sesi, peserta dapat menerangkan dengan betul mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam
  2. Di akhir sesi, peserta dapat menerangkan dengan betul ciri keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam
  3. Di akhir sesi, peserta dapat menyenaraikan dengan betul nilai budaya kerja cemerlang yang diperlukan dalam penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Di akhir sesi, peserta akan dapat menerangkan dengan betul mengenai konsep minda kelas pertama yang diperlukan sebagai penjawat awam selaras dengan matlamat Kerajaan ke arah negara maju
Syarat Tambahan

Pencalonan untuk menyertai Kursus PTM perlu melalui JPA bagi perkhidmatan gunasama Persekutuan dan melalui Pejabat SUK Negeri bagi perkhidmatan lantikan suruhanjaya perkhidmatan negeri. 

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus ini perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  2. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan 15 minit sebelum jam 8.00 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  3. Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan. Sekiranya webcam ditutup tanpa sebarang sebab yang munasabah yang dimaklumkan terlebih dahulu, peserta akan dikira tidak hadir ke sesi tersebut dan tidak akan dikeluarkan sijil kehadiran kursus.
  4. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  5. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  6. Menyertai semua aktiviti dalam kumpulan yang ditetapkan. Kegagalan untuk memberi sumbangan input semasa perbincangan kumpulan akan menyebabkan markah peserta ditolak.
  7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang benar-benar tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  8. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 09/07/2023 | Ahad
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS (ONBOARDING)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: UJIAN PSIKOLOGI / PEMBANGUNAN DIRI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA (INTEGRASI KUMPULAN)
Hari Ke-2 | 10/07/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ROLL CALL DAN PENGUCAPAN AWAM
: OVERVIEW PERKHIDMATAN AWAM DAN SISTEM PENTADBIRAN AWAM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA (KETERAMPILAN DIRI)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENGENALAN KEPADA LALUAN KERJAYA DAN ORGANISASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
: MENJANA NEGARA SEJAHTERA DAN BAHAGIA
Hari Ke-3 | 11/07/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ROLL CALL DAN PENGUCAPAN AWAM
: BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA (MENGUTAMAKAN MASYARAKAT)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENGURUSAN INTEGRITI DAN KESELAMATAN (ISU KESELAMATAN)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: HALA TUJU NEGARA
: PENGUCAPAN AWAM
Hari Ke-4 | 12/07/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ROLL CALL DAN PENGUCAPAN AWAM
: TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PEGAWAI AWAM (PERATURAN PEGAWAI & PERINTAH-PERINTAH AM)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENGURUSAN INTEGRITI DAN KESELAMATAN (INTEGRITI DAN RASUAH)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA (PEMIKIRAN KRITIS DAN INOVATIF)
: PENGUCAPAN AWAM
Hari Ke-5 | 13/07/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ROLL CALL DAN PENGUCAPAN AWAM
: TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PEGAWAI AWAM (TATAKELAKUAN & TATATERTIB – AKU JANJI)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA (PENGURUSAN PELANGGAN)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PEMBENTANGAN KUMPULAN
: UJIAN KEFAHAMAN DAN PENILAIAN