Carian Kursus

[ KCA0021 ] Kursus Pengurusan Kemudahan ICT dan Infrastruktur (Pengurusan Pusat Data: Pengoperasian) [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Bukit Kiara sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  2. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  3. Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  4. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  5. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  6. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  7. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

** Para peserta WAJIB mempunyai akses kepada talian Internet yang laju dan stabil serta mempunyai kemudahan kamera dan mikrofon pada komputer/laptop bagi melancarkan sesi pembelajaran secara dalam talian.
** Link capaian ke platform dalam talian akan dihantar melalui e-mel setelah maklumbalas penyertaan dibuat.
***Sila pastikan alamat emel dikemaskini.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan ciri-ciri amalan terbaik pengurusan pusat data berdasarkan Standard Uptime Institute.
  2. Menerangkan ciri-ciri amalan terbaik pengoperasian pusat data berdasarkan garis panduan ICT Hijau dalam perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh MAMPU.
Modul/Topik
Hari Pertama | 16/02/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Introduction to Data Centre Operations
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: App-Level Orchestration and Data Center Management
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: IT Service Management (ITSM)
Hari Ke-2 | 17/02/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: DATA CENTRE SECURITY AND CONTROL
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENGURUSAN PUSAT DATA SEKTOR AWAM (PDSA): PERKHIDMATAN DAN PENCAPAIAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: ORGANISING THE DATA CENTRE
Hari Ke-3 | 18/02/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: DATA CENTRE MAINTENANCE AND CLEANING PRACTICE
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: INFORMATION AND STORAGE MANAGEMENT
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: GREEN DATA CENTRE