Carian Kursus

[ UZA0085 ] Kursus Asas Pembangunan Sistem Web Menggunakan Teknologi AI [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Asas Pembangunan Sistem Web Menggunakan Teknologi AI memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep pembangunan sistem web berasaskan teknologi AI. Peserta akan mempelajari kaedah merancang, membina, menguji dan menambah baik sistem web menggunakan AI seperti Codex, di samping menguasai asas pembangunan aplikasi web, pangkalan data, pengurusan pengguna, keselamatan aplikasi dan teknik penulisan arahan (prompt) bagi menghasilkan sistem yang berfungsi secara lebih pantas, cekap dan berkualiti.

Objektif Kursus
  1. Mempelajari konsep asas pembangunan sistem web dan penggunaan teknologi AI dalam proses pembangunan aplikasi.
  2. Membangunkan sebuah sistem web asas menggunakan AI dengan mengaplikasikan komponen seperti antaramuka pengguna, pangkalan data, pengurusan pengguna dan fungsi aplikasi.
Modul/Topik
Hari Pertama | 21/09/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: 1. Pengenalan pembangunan sistem dahulu dan sekarang 2. Pengenalan kepada Vibe Coding, Codex dan peranan manusia 3. Peranan manusia dalam pembangunan berbantuan AI Demonstrasi: Daripada satu idea kepada halaman sistem yang boleh dijalankan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: 1. Pengenalan projek latihan: Sistem Aduan ICT Ringkas 2. Mengenal pasti masalah, pengguna, peranan dan aliran kerja sistem 3. Menentukan skop: modul, halaman, jadual pangkalan data dan perkara di luar skop
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: 1. Penyediaan Laragon, VS Code, Codex dan folder projek 2. Memahami struktur asas projek PHP, HTML, CSS dan MySQL 3. Menulis prompt pertama untuk membina struktur projek • Amali: membina halaman utama, menu navigasi dan reka bentuk asas
Hari Ke-2 | 22/09/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: 1. Pengenalan kepada pangkalan data 2. Rekabentuk pangkalan data sistem dengan Codex 3. Membina pangkalan data dan jadual melalui phpMyAdmin
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: 1. Membina borang pendaftaran pengguna, borang login, menyimpan data pengguna dan menggunakan password hashing
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: 1. Membina borang penghantaran aduan 2. Menyimpan aduan ke dalam pangkalan data 3. Membina halaman senarai dan butiran aduan 4. Amali kumpulan: melengkapkan proses daftar, login dan hantar aduan
Hari Ke-3 | 23/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Membina dashboard pengguna, ringkasan statistik, dashboard pentadbir dan fungsi pentadbir untuk melihat dan memproses aduan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: 1. Teknik meminta Codex menyemak dan membetulkan kod 2. Pengujian sistem: ujian normal, negatif dan kawalan akses 3. Ujian silang antara kumpulan dan pembetulan akhir 4. Demonstrasi ringkas hasil sistem
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: 1. Membina fungsi kemas kini status, catatan tindakan, 2. Login, session, logout dan kawalan akses mengikut peranan 3. Validasi borang dan keselamatan asas aplikasi web