Carian Kursus

[ KEA0029 ] Kursus Negara Bangsa [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Negara Bangsa bertujuan untuk memperkukuhkan semangat cinta akan negara dan pemahaman mendalam tentang tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang berkhidmat untuk negara. Kursus ini menitikberatkan proses dan cabaran dalam membina identiti negara bangsa Malaysia. Kursus ni juga memberi penekanan terhadap profesionalisme dan kecekapan sektor awam dalam pelaksanaan KPI ke arah mencapai hala tuju organisasi dengan memahami dan menghayati Kerangka Dasar Utama Kerajaan serta Prinsip-prinsip Baharu Perkhidmatan Awam yang mendukung dasar ini.

Objektif Kursus
  1. Menghuraikan konsep pembinaan Negara Bangsa Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Kontrak Sosial serta Kerangka Dasar Utama Kerajaan dan Prinsip-prinsip Baharu Perkhidmatan Awam.
Syarat Tambahan

Kursus Negara Bangsa Siri 1/2025 ini akan diadakan SECARA ATAS TALIAN.

  • Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Utama Bukit Kiara sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam;
  • Membuat bayaran kursus RM30.00 secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal DTIMS 
  • Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuat naik;
  • Peratus kehadiran peserta adalah 80% tanpa gagal;
  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang program;
  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Capaian ke platform dalam talian akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula;
  • Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;
  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 04/03/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Gagasan Kerajaan : Konsep Malaysia MADANI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Menghayati Falsafah Rukun Negara
Hari Ke-2 | 05/03/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perlembagaan Persekutuan Asas Negara Bangsa Malaysia
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kedaulatan Negara dalam Kerangka Undang-undang Antarabangsa
Hari Ke-3 | 06/03/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sejarah Malaysia
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA)