Ujian ketoksikan akut merupakan kajian yang melibatkan penggunaan organisma hidup bagi menentukan kesan toksik sesuatu sebatian kimia atau beberapa sebatian di bawah keadaan yang terkawal dalam jangka masa yang singkat. Ujian ini sangat berguna bagi menganggarkan ketoksikan keseluruhan dan menilai ketoksikan relatif bagi bahan kimia berbeza terhadap organisma akuatik dalam kajian. Dapatan daripada ujian ini boleh digunakan untuk menentukan had kepekatan yang boleh diterima bagi pendedahan jangka masa pendek.
Sehubungan dengan itu, melalui latihan yang dijalankan ini dapat memberi pendedahan secara teori dan praktikal serta dapat meningkatkan kemahiran peserta mengenai prosedur yang betul dalam menjalankan ujian toksisiti bermula dari reka bentuk eksperimen, pemilihan spesies dan kadar sebatian, dan akhir sekali interpretasi keputusan untuk pemeliharaan sumber perikanan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pendaftaran peserta/ Pengenalan dan taklimat kursus (entry survey) | |
: | Kuliah I: Pengenalan ujian ketoksikan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kuliah II: Aplikasi ujian ketoksikan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kuliah III: Ujian ketoksikan | |
: | Kuliah IV: Prosedur ujian ketoksikan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Amali I: Persediaan ujian ketoksikan akut | |
: | Amali I: Ujian ketoksikan ikan (24 jam) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Amali II: Sambungan ujian ketoksikan ikan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latihan 1: Mereka bentuk ujian ketoksikan (latihan kumpulan) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Latihan 2: Pengiraan LC50 - sampel data | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Latihan 3: Analisa sampel data ujian ketoksikan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latihan 4: Analisa data ujian ketoksikan ikan (Amali I dan II) | |
: | Pembentangan: Keputusan ujian ketoksikan ikan (Amali I & II) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pembentangan kumpulan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Sesi Perbincangan/ Penilaian (exit survey) dan penutup |