Carian Kursus

[ TZA0041 ] Kursus Kecerdasan Minda Bagi Petugas Barisan Hadapan [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Dengan peningkatan tahap pendidikan serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, permintaan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam kian meningkat. Mereka menganggap adalah hak mereka untuk mendapat perkhidmatan yang cepat dan cekap dengan keutamaan diberi kepada kehendak dan keperluan mereka. Mereka berpendapat bahawa Petugas Barisan Hadapan patut menggembirakan (‘Delighting’) mereka.

Petugas Barisan Hadapan perlu juga berhadapan dengan kehidupan harian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Semua ini menjadi satu tekanan emosi dan minda kepada Petugas Barisan Hadapan. Mereka perlu mempunyai kecerdasan minda dan emosi yang tinggi supaya boleh menghadapi cabaran-cabaran dengan berjaya dan memberi perkhidmatan yang terbaik. Mereka perlu pandai berfikiran positif dan kritikal, menguruskan stress dan emosi sendiri dan pelanggan,  memotivasikan sendiri serta menjaga hubungan dengan pelanggan selain daripada kefahaman mengenai dasar, prosedur, sumber dan sistem yang harus disampaikan kepada pelanggan

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurus emosi sendiri dan pelanggan
  2. Meningkatkan keupayaan peserta untuk memotivasikan sendiri
  3. Meningkatkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah; dan
  4. Membantu peserta supaya berfikiran positif dalam apa sahaja keadaan.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan; dan
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 07/03/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran & Taklimat Kursus
: Pengenalan kepada Perkhidmatan Barisan Hadapan (INTAN)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Hubungan Interpersonal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Emosi / Kemarahan
Hari Ke-2 | 08/03/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Mirroring and Coaching
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Stres
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kemahiran Penyelesaian Masalah (Critical Thinking
Hari Ke-3 | 09/03/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Positive Mental Attitude
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Motivasi Kendiri
: Penilaian & Rumusan