Kursus ini merupakan sebuah modul yang sedang dibangunkan dengan objektif, pada akhir kursus, para peserta akan dapat:
Menyenaraikan penemuan-penemuan audit berulang dengan betul berdasarkan Laporan Audit Indeks Akauntabiliti.
Menerangkan dengan tepat tindakan pembetulan penemuan audit berulang berdasarkan Senarai Semak Indeks Akauntabiliti dan pekeliling-pekeliling yang sedang berkuat kuasa.
Input bagi kursus ini adalah berdasarkan:
Senarai Semak Indeks Akauntabiliti bagi Element Pengurusan Aset (dimurnikan)
Laporan Audit Dalam PSUK Negeri.
Maklum balas PSUK Negeri berkaitan keperluan memfokuskan kepada tindakan pembetulan penemuan audit.
Pekeliling Perbendaharaan AM 1.1 dan 2.0 hingga 2.8.
Arahan Perbendaharaan
Pekeliling Dalaman Jabatan (Berdasarkan perkongsian peserta)
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;
Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Kepada Pengauditan terhadap Pengurusan Aset Alih Kerajaan 1 | |
: | Pendaftaran dan Taklimat Kursus | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengenalan Kepada Pengauditan terhadap Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2 | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Penemuan Audit Berulang dalam Kawalan Umum, Penerimaan dan Pendaftaran |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penemuan Audit Berulang dalam Penggunaan, Penyimpanan, Pemeriksaan dan Penyenggaraan Aset Alih | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penemuan Audit Berulang dalam Pindahan, Pelupusan dan Kehilangan & Hapus Kira | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Contoh Penemuan Audit Berulang yang lain dalam Pengurusan Aset Alih Kerajaan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kajian Kes: Perbincangan Kumpulan dan Penyediaan Slaid Pembentangan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pembentangan Kumpulan, Rumusan dan Penutup |