Bengkel Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan ialah bengkel komprehensif khusus untuk pegawai sumber manusia yang menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan.
Bengkel ini dilaksanakan khusus untuk pegawai sumber manusia yang menguruskan buku perkhidmatan kerajaan agar maklumat yang direkodkan lebih teratur, lengkap dan terkini.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
Makanan sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM;
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;
Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pendaftaran Peserta & Pengenalan Malaysia Madani | |
: | Pengenalan Buku Perkhidmatan Perkhidmatan Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Kaedah Merekod Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal Merekod Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan dan Penyediaan Penyata Perubahan (KEW.8) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Kaedah Merekod Kenyataan Cuti & Lembaran Kelakuan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal Merekod Kenyataan Semakan Rekod Buku Perkhidmatan Kerajaan / Cuti & Lembaran Kelakuan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Latih Amal Buku Kenyataan Perkhidmatan/ Pembentangan Kumpulan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pembentangan Kumpulan, Penilaian Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil |