Carian Kursus

[ CAA0055 ] KURSUS TEKNOLOGI PENGENDALIAN PERIKANAN PANTAI DAN KESELAMATAN (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini diadakan bertujuan memberi kefahamanan dan menambah kemahiran teknologi kepada nelayan pantai mengenai sampan dan vesel menangkap ikan moden yang direkabentuk oleh pihak Kejuruteraan Jabatan Perikanan. Kursus ini juga mendedahkan peserta berkaitan pengendalian hasil tangkapan dan keselamatan nelayan semasa dilaut bagi tujuan memenuhi pensijilan CoC (Certificate of Competency) dan ke arah mencapai piawaian STCW-F.

 

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman nelayan tentang peraturan dan Akta Perikanan 1985 (Akta 317). Pengetahuan mengenai teknologi, rekabentuk dan susunatur sampan dan vesel Zon A dan B. Meningkatkan kefahaman berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. Memberi kefahaman dan kesedaran semasa berhadapan situasi kecemasan di laut. Mengetahui teknik keselamatan yang sesuai dengan amalan umum dalam pendidikan dan latihan maritim (maritime education and training).
Syarat Tambahan

Kursus ini untuk kumpulan sasar seperti nelayan, pengusaha akaukultur, wanita, OKU dan belia.

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/06/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Dasar dan Prosedur Pelesenan (Teori)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 (Teori)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengendalian Hasil Tangkapan (Teori & Amali)
Hari Ke-2 | 11/06/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Rekabentuk Sampan dan Vesel Moden Yang Memenuhi Garis Panduan Pemodenan (Teori)
: Teknologi Mekanikal Vesel (Teori)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Teknologi Peralatan Menangkap Ikan Perikanan Pantai
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kebersihan dan Pengendalian di Atas Vesel (Hygiene On Board) (Teori)
: Pembiayaan Program Pemodenan Vesel
Hari Ke-3 | 12/06/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Keselamatan Diri di Laut (CPR, Kebakaran) (Teori)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Keselamatan Diri di Laut (CPR, Kebakaran) (Amali)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian & Penutup Kursus