Kursus Tadbir Urus Terbaik yang disediakan oleh Pusat Pengajian Dasar Awam, Pengurusan Projek, dan Governan (PDPG) memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada penjawat awam gred 11 hingga 40 mengenai konsep tadbir urus sektor awam secara asas dan memperkenalkan elemen-elemen tadbir urus terbaik dalam membentuk penjawat awam yang berorientasikan rakyat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan Sijil Kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
4. Minum pagi dan tengah hari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTAN Bukit Kiara;
5. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pendaftaran & Ice-Breaking | |
: | Ceramah 1: Pendekatan Asas Tadbir Urus | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Ceramah 2: Evolusi Tadbir Urus Dalam Sektor Awam | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pitching Session: Tadbir Urus Terbaik | |
: | Gamifikasi: Bob the Builder |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Ceramah 3: Cabaran Tadbir Urus Dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Ceramah 4: Tadbir Urus Projek | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Motion & Action | |
: | Refleksi & Penutup |