Carian Kursus

[ UZA0021 ] Kursus Etika Kerja Perkhidmatan Awam: Peranan Penyelia [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan pembudayaan etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam. Selain daripada itu, peserta akan diajar cara untuk mengaplikasi solusi permasalahan etika kerja perkhidmatan awam berdasarkan pekeliling sedia ada.

 

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam;
  2. Menyenaraikan peranan penyelia meningkatkan etika kerja perkhidmatan awam; dan
  3. Mengaplikasi solusi permasalahan etika kerja perkhidmatan awam berdasarkan pekeliling sedia ada.
Syarat Tambahan

     

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;

1.       Tidak perlu datang ke INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) secara fizikal sama ada untuk pendaftaran dan sebagainya. Hanya perlu berada ditempat kerja/ pejabat masing-masing.

2.       Hendaklah log in kepada aplikasi Google Meet pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.

3.       Dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.

4.       Boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chatbox.

5.       Mengekalkan adab tatasusila semasa kursus secara dalam talian.

6.       Melakukan penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 14/09/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peranan Penyelia : Etika Kerja
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Peranan Penyelia : Asas Kaunseling
: Peranan Penyelia : Inovasi dan Kreativiti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Panduan Penilaian Prestasi
: Pengurusan Tatatertib : Kesilapan Lazim Penyelia