Kursus ini disasarkan kepada semua penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan gred 19 hingga gred 32 di pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan.
Dengan peningkatan tahap pendidikan serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, permintaan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam kian meningkat. Mereka menganggap adalah hak mereka untuk mendapat perkhidmatan yang cepat dan cekap dengan keutamaan diberi kepada kehendak dan keperluan mereka. Mereka berpendapat bahawa Petugas Barisan Hadapan patut menggembirakan (‘Delighting’) mereka.
Petugas Barisan Hadapan perlu juga berhadapan dengan kehidupan harian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Semua ini menjadi satu tekanan emosi dan minda kepada Petugas Barisan Hadapan. Mereka perlu mempunyai kecerdasan minda dan emosi yang tinggi supaya boleh menghadapi cabaran-cabaran dengan berjaya dan memberi perkhidmatan yang terbaik. Mereka perlu pandai berfikiran positif dan kritikal, menguruskan stress dan emosi sendiri dan pelanggan, memotivasikan sendiri serta menjaga hubungan dengan pelanggan selain daripada kefahaman mengenai dasar, prosedur, sumber dan sistem yang harus disampaikan kepada pelanggan
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGENALAN KEPADA PERKHIDMATAN BARISAN HADAPAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | POSITIVE MENTAL ATTITUDE | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MOTIVASI KENDIRI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | HUBUNGAN INTERPERSONAL | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MIRRORING AND COACHING |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGURUSAN STRESS | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PENGURUSAN EMOSI | |
: | RUMUSAN, PENILAIAN DAN PENUTUP |