Carian Kursus

[ KLA0007 ] Kursus Problem Solving Tools [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Problem Solving Tools merupakan kursus yang disediakan khas untuk meningkatkan keupayaan kumpulan pelaksana dalam mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara sistematik di tempat kerja. Kursus ini memberi pendedahan kepada radas dan teknik penyelesaian masalah seperti Ishikawa Diagram (Fishbone Analysis) dan SWOT Analysis bagi membantu peserta mengenal pasti punca masalah, menilai situasi semasa serta merangka tindakan penambahbaikan yang berkesan.

Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan kepada aspek komunikasi berkesan dan kerja berpasukan sebagai elemen penting dalam proses penyelesaian masalah. Melalui pendekatan yang praktikal dan berorientasikan situasi sebenar di tempat kerja, peserta akan dapat meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis, bekerjasama dengan lebih efektif serta menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan organisasi.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan organisasi secara berkesan.
  2. Mengenalpasti pendekatan untuk berfikir dan bertindak secara sistematik serta strategik dengan menggunakan model/alat penyelesaian masalah bagi setiap isu.
  3. Mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan organisasi secara berkesan.
Syarat Tambahan

Peserta yang memerlukan penginapan hendaklah mengisi keperluan penginapan semasa permohonan kursus bagi memudahkan penyelarasan oleh pihak urus setia. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada peserta yang bertugas di luar Lembah Klang dan penyediaan penginapan adalah tertakluk kepada kekosongan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 28/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembinaan Pasukan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Personaliti dan Komunikasi dalam Penyelesaian Masalah
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Model Penyelesaian Masalah: Walking Meetings
Hari Ke-2 | 29/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Model Penyelesaian Masalah: Ishikawa Diagram
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Model Penyelesaian Masalah: SWOT Analysis
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kepentingan Kerja Pasukan dalam Penyelesaian Konflik dan Masalah