Penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan keselamatan dan keamanan negara perlu memiliki ilmu pengetahuan yang sempurna dan mantap dalam menguruskan bencana yang berlaku di dalam negara. Ini kerana tindakan yang cepat, berkesan dan sistematik perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkenaan agar bencana dapat diatasi dengan kadar segera.
Situasi yang berlaku di kawasan yang terlibat dalam bencana hendaklah dikawal sepenuhnya untuk mengelakkan masalah ini bertukar menjadi konflik kemanusiaan dalam skala yang lebih besar. Ini amat penting agar bencana yang berlaku tidak menimbulkan ancaman terhadap rakyat dan negara.
a) Kursus ini perlu dilaksanakan bagi membuat persiapan awal bagi melatih penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan bencana.
b) Kursus ini diadakan untuk memperkukuh dan memantapkan kemahiran dalam pengurusan bencana selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 18, 20 dan 21.
c) Kursus ini dilaksanakan bagi melahirkan penjawat awam yang cekap dan responsif di dalam pengurusan bencana.
Kursus ini terbuka kepada penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 yang terlibat dalam pengurusan bencana.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Ancaman Bencana | |
| : | Pengurangan Risiko Bencana | |
| : | Arahan MKN No. 18 dan 21 | |
| : | 02.30 Petang - 04.30 Petang | |
| : | Arahan MKN No. 20 |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Peranan Agensi Utama - Kementerian Kesihatan Malaysia | |
| : | Peranan Agensi Utama - Jabatan Penerangan Malaysia | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Peranan Agensi Utama - Jabatan Kebajikan Masyarakat | |
| : | Peranan Agensi Utama - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Peranan Agensi Utama - Angkatan Tentera Malaysia | |
| : | Peranan Agensi Utama - Polis DiRaja Malaysia |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Taklimat Table Top | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Latihan Table Top | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Latihan Table Top |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Kesiapsiagaan Bencana | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Komunikasi dan Koordinasi Antara Agensi |