Carian Kursus

[ KLA1012 ] Kursus Leadership Plus [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Secara tradisionalnya, pemimpin didedahkan serta diberi penekanan terhadap aplikasi man management. Perkara ini lazimnya diterapkan dalam kebanyakan kursus kepimpinan sedia ada. Kursus Leadership Plus secara khususnya bertujuan untuk memberi penumpuan kepada pembangunan kemahiran character management penjawat awam, ke arah meningkatkan kompetensi kepimpinan di tempat kerja serta mengaplikasikan kemahiran soft skill dalam hubungan kepimpinan. Kursus Leadership Plus ini juga dirangka untuk memenuhi kehendak dan keperluan ilmu kepimpinan dalam konteks perkhidmatan awam. Kursus ini direka dengan menggabungkan konsep pembelajaran melalui teori, soal selidik untuk mengenali diri, brainstorming/perbincangan dan contoh – contoh kehidupan sebenar sebagai usaha untuk membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan para peserta.

 

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan berhubung kepimpinan kendiri, personaliti diri dan individu yang dipimpin serta pemegang taruh.
  2. Menjelaskan kriteria dan kepentingan membina jenama kepimpinan.
  3. Menjelaskan pendekatan untuk berfikir dan bertindak secara sistematik serta strategik.
Syarat Tambahan

1. Kursus adalah untuk tujuan pegawai Pengurusan dan Profesional Gred 41 - 56 daripada pelbagai skim.

2. Peserta perlu memastikan kehadiran kursus adalah sekurang-kurangnya 80% untuk melayakan diri untuk menerima sijil penyertaan.

3. Sijil tidak dikeluarkan secara fizikal dan hanya boleh dimuat turun menerusi www.dtims.intan.my setelah peserta selesai mengisi borang penilaian kursus setelah kursus tamat.  

4. Kod pemakaian - baju pejabat/batik.
 

Pegawai dikehendaki (WAJIB) untuk melengkapkan soal selidik (40 soalan) secara dalam talian di Personality Plus @ Kursus Leadership Plus oleh INTAN Kiara sebelum menghadiri hari pertama kursus ini. Soal selidik ini adalah berdasarkan kepada buku Personality Plus oleh Florance Littauer. Pegawai disarankan untuk mengambil masa yang secukupnya dalam menjawab soal selidik ini, serta memahami maksud bagi setiap pilihan jawapan. Pegawai boleh merujuk definisi bagi setiap pilihan jawapan dengan memuat turun kamus definisi di Dokumen Kursus Leadership Plus. Pegawai seterusnya dikehendaki untuk menyimpan 'screen shot' Keputusan Soal Selidik Personality Plus masing - masing untuk tujuan perbincangan semasa kursus berlangsung pada hari pertama kursus.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 11/07/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Personality Plus
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Leading Self
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Leading Others
Hari Ke-2 | 12/07/2024 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Leading Followers
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Leading Millennials
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Leading Culture