Carian Kursus

[ SZA0008 ] Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus selama tiga (3) hari ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan berkaitan pengurusan aset Kerajaan. Sepanjang 3 hari berkursus, para peserta didedahkan dengan tatacara pengurusan aset Kerajaan yang betul dan baik bagi memastikan aset Kerajaan dapat diurus dengan lebih bersistematik dan turut bertujuan untuk memastikan aset kerajaan dapat diurus mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. 

Objektif Kursus
  1. Di akhir sesi para peserta akan dapat, menerangkan aspek-aspek penting dalam Pengurusan Aset Alih selaras dengan 1PP-Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan peraturan-peraturan yng berkuatkuasa.
  2. Di akhir sesi para peserta akan dapat, mengenalpasti punca-punca berlakunya ketidakakuran dalam Pengurusan Aset Alih;
  3. Di akhir sesi para peserta akan dapat menerangkan amalan-amalan Pengurusan Aset Alih yang terbaik melalui perkongsian ilmu dan pengalaman.
Syarat Tambahan

Para Peserta diekehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:

  • Pastikan para pemohon telah mendaftar sebagai pengguna DTIMS di www.dtims.intan.my dan juga mendaftar bagi menyertai kursus ini
  • Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula
  • Para peserta dimohon untuk menggunakan NAMA PENUH untuk akaun Zoom/Google Meet masing-masing bagi memudahkan sesi pendaftaran dan pengesanan peserta
  • Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus
  • Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran perlulah dimaklumkan kepada Pengurus Program dengan sebab yang munasabah dan kebenaran. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan boleh menyebabkan peserta tidak menerima sijil kehadiran.
  • Pengurus Program akan memaklumkan kepada penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman. Kebenaran tidak hadir dalam mana-mana slot kursus dengan kebenaran tidak akan menyebabkan catatan bahawa para peserta gagal hadir pada keseluruhan kursus.
  • Menetapkan webcam sentiasa dalam mode on semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mode off sekiranya tiada keperluan interaksi. Laluan soal jawab akan diberikan kepada para peserta
  • DILARANG untuk menyebarkan pautan zoom kursus kepada BUKAN PESERTA.
Modul/Topik
Hari Pertama | 14/03/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat dan Ice Breaking
: AM 1.1 Pendahuluan Pengurusan Aset Alih Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AM 2.1 Tatacara Pengurusan Aset Alih
: AM 2.2 Penerimaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Am 2.3 Pendaftaran
Hari Ke-2 | 15/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AM 2.4 Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AM 2.5 Penyelenggaraan
: AM 2.6 Pindahan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AM 2.7 Pelupusan
Hari Ke-3 | 16/03/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AM 2.8 Kehilangan dan Hapuskira
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latihan dalam kumpulan
: Pembentangan kajian dan isu-isu Pengurusan Aset Alih Kerajaan