Carian Kursus

[ SZA0078 ] Kursus Google Looker Studio [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini direka khas untuk membantu peserta memahami dan menguasai Google Looker Studio sebagai platform visualisasi data yang interaktif dan mudah digunakan. Peserta akan dibimbing daripada konsep asas sehingga ke tahap pertengahan, dengan penekanan kepada kemahiran praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam tugasan harian.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan konsep Data Mindset dan mengurus hierarki folder Google Drive jabatan secara sistematik untuk mengelakkan pertindihan data.
  2. Mengaplikasikan teknik konsolidasi data (Master Data Sheet) untuk menggabungkan pelbagai fail sumber menjadi satu pangkalan data utama.
  3. Membina dashboard visualisasi interaktif menggunakan teknik drag-and-drop serta menetapkan fungsi laporan automatik secara berkala melalui e-mel.
  4. Mengenal pasti elemen estetika digital dan penggunaan AI dalam menjana imej pengepala (header) laporan yang profesional.
Syarat Tambahan

MAKLUMAT TAMBAHAN

  1. Status Permohonan


Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.

 

  1. Etika Berpakaian

 

  1. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan IKWAS dan semasa berada di Dewan Makan Anjung Selera. Pemakaian berikut adalah TIDAK DIBENARKAN:  Jubah / Jeans / Seluar Pendek / Kain Pelikat / Selipar / T-shirt Leher Bulat/ Pakaian uniform pejabat.
     
  2. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.

3. Permohonan Kursus

  1. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.
  2. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.

4. Pembayaran Yuran Kursus

  1. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.
  2. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian hanya menyokong pembayaran melalui FPX sahaja. Kaedah bayaran menggunakan aplikasi seperti TouchNGo eWallet, Boost, MAE atau lain-lain kaedah tidak tersedia.
  3. Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
  4. Peserta WAJIB membawa surat tawaran dan resit pembayaran semasa HARI PERTAMA pendaftaran kursus.

 

5.  Maklumat Kesihatan
 

Peserta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai isu kesihatan tertentu dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus bermula.

 

6. Maklumat Pemakanan

 

  1. Peserta yang mempunyai keperluan diet khas seperti alergi makanan atau vegetarian (tidak memakan daging) dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus.

 

  1. Makan dan minum hanya akan disediakan mulai hari pertama kursus. (Makan malam tidak disediakan pada malam sebelum kursus bermula).

 

7. Kewajipan Kehadiran

 

  1. Semua peserta WAJIB hadir pada hari pertama kursus sebelum jam 9.00 pagi.
  2. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.
  3. Sijil Kursus akan dikeluarkan sekiranya peserta memenuhi 80% kehadiran kelas.

 

8. Maklumat Kursus

 

Peserta yang terpilih untuk menyertai kursus dikehendaki untuk menyertai kumpulan WhatsApp kursus melalui pautan yang akan diberikan oleh urus setia untuk memudahkan penyampaian maklumat terkini oleh pihak urus setia.


9. Maklumat Penginapan

 

  1. Kemudahan penginapan akan disediakan untuk semua peserta.
  2. Para peserta boleh mendaftar masuk ke asrama satu (1) hari sebelum tarikh kursus mulai jam 3.00 petang hingga 8.00 malam di Pejabat Domestik, IKWAS. Sekiranya peserta tidak dapat hadir dalam tempoh masa yang ditetapkan, sila hubungi petugas di kaunter pendaftaran Pejabat Domestik di talian 07-7782402.


10. Senaman Pagi
  

      Peserta adalah dikehendaki hadir untuk senaman pagi pada HARI KEDUA kursus dengan berpakaian baju sukan lengkap.

11. Pergerakan Peserta

  1. Peserta yang keluar dari kawasan IKWAS hendaklah kembali sebelum jam 11.00 malam.
  2. Ahli keluarga atau individu selain peserta kursus tidak dibenarkan memasuki bangunan asrama.
  3. Penghantaran makanan GrabFood / FoodPanda dibenarkan sehingga lobi asrama sahaja.
  4. Peserta hendaklah makan pada waktu yang telah ditetapkan serta mengosongkan Dewan Makan Anjung Selera 10 minit sebelum sesi kelas bermula.

 


 

Modul/Topik
Hari Pertama | 06/07/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran dan Taklimat Kursus
: Data Mindset & Seni Pengurusan Fail (Drive)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sinergi Google Drive dan Google Sheets
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Gerbang Visualisasi - Looker Studio
Hari Ke-2 | 07/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teknik "Jahit Data" (Konsolidasi)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Disiplin "Zon Larangan" dan Protokol Penyelia
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Visualisasi "Drag & Drop" (Tanpa Formula)
Hari Ke-3 | 08/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Makeover Dashboard (Kosmetik)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Fungsi Laporan dan Perkongsian
: Dari Data ke Tindakan (Rumusan dan AI)