Carian Kursus

[ JDNFA0005 ] BENGKEL PEMBANGUNAN KANDUNGAN DIGITAL (VIDEO) BAGI PROMOSI PRODUK JABATAN DIGITAL NEGARA [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Penghasilan kandungan video bagi produk dan perkhidmatan digital JDN memerlukan penglibatan secara langsung daripada pasukan produk yang mempunyai pengetahuan mengenai fungsi, manfaat, kumpulan sasaran dan nilai utama produk masing-masing. Penglibatan pasukan produk adalah penting bagi memastikan maklumat yang diterjemahkan kepada kandungan video adalah tepat, relevan dan selaras dengan tujuan serta ciri produk yang hendak dipromosikan.

Bengkel Pembangunan Kandungan Digital (Video) bagi Promosi Produk JDN dicadangkan sebagai sesi pembangunan dan penghasilan kandungan secara berfokus, dengan setiap kumpulan peserta ditetapkan berdasarkan produk atau perkhidmatan yang telah dikenal pasti. Peserta akan  membawa maklumat berkaitan produk masing-masing untuk dibangunkan kepada konsep, mesej utama, skrip,rakaman dan video yang bersesuaian dengan platform digital.

Bagi memastikan kandungan yang dihasilkan mempunyai mesej yang jelas, penyampaian yang sesuai dan memenuhi kriteria komunikasi kerajaan, bengkel ini turut melibatkan sesi ceramah, perkongsian ilmu, penerangan serta bimbingan teknikal daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN). Penglibatan JAPEN adalah bagi memberikan pandangan dan khidmat nasihat berdasarkan kepakaran dalam perancangan serta penyediaan kandungan digital bagi platform media sosial jabatan kerajaan.

Objektif Kursus
  1. menghasilkan kandungan video bagi produk dan perkhidmatan digital JDN yang telah dikenal pasti untuk tujuan promosi, penerangan dan hebahan;
  2. membangunkan konsep, mesej utama, skrip dan struktur kandungan video berdasarkan maklumat produk yang dibawa oleh pasukan produk;
  3. mendapatkan penerangan, perkongsian ilmu dan bimbingan teknikal daripada Jabatan Penerangan Malaysia dalam aspek penyampaian mesej dan pembangunan kandungan video;
  4. memurnikan kandungan, visual dan penyampaian video agar bersesuaian dengan kriteria komunikasi kerajaan serta platform digital; dan
  5. menghasilkan video produk yang boleh dimanfaatkan oleh JDN bagi tujuan promosi dan hebahan produk serta perkhidmatan digital Jabatan.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Bengkel ini terbuka kepada warga Jabatan Digital Negara sahaja.

Peserta dikehendaki membawa komputer riba (laptop) dan telefon pintar masing-masing untuk digunakan sepanjang bengkel berlangsung. Peserta juga digalakkan untuk mempunyai akaun CapCut versi percuma (Free) bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti amali dan penghasilan kandungan digital sepanjang bengkel.

Kemudahan penginapan dan makan minum disediakan sepanjang bengkel berlangsung. Pihak urus setia tidak menyediakan kemudahan pengangkutan pergi dan balik ke Pusat Latihan Pertanian Kalumpang untuk peserta.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 09/10/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi 1: Keperluan Kandungan Video bagi Komunikasi Digital • Trend video digital • Video pendek bagi tujuan promosi • Ciri kandungan yang sesuai untuk komunikasi kerajaan
SESI 2 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Sesi 2: Pembangunan Mesej Produk • Produk/perkhidmatan • Kumpulan sasaran • Masalah pengguna • Manfaat dan nilai utama
SESI 2 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Sesi 3: Pembangunan Idea Kandungan • Content angle • Hook • Format video • Contoh kandungan promosi Aktiviti 1: Pembangunan Konsep Video Produk • Penjanaan idea • Pemilihan konsep • Penetapan format video
Hari Ke-2 | 12/10/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Aktiviti 2: Pembangunan Skrip dan Shot List • Penulisan skrip • Semakan mesej • Shot list asas
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi 5: Keperluan Asas Rakaman Video • Framing & composition • Pencahayaan • Audio Aktiviti 3: Perancangan Penggambaran Video • Shot planning • Lokasi & props • Presenter / voice-over • Screen recording
SESI 3 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Aktiviti 4: Persediaan Penggambaran • Lokasi • Pembahagian tugas • Peralatan • Semakan akhir skrip
SESI 3 SESI 4 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Sesi 6: Keperluan Asas Penyuntingan Video Pendek • Susunan klip • Text overlay & subtitle • Audio • Branding • Format 9:16 Aktiviti 5: Penghasilan Video Produk – Fasa 1 • Rakaman • Pemilihan klip • Penyuntingan awal
Hari Ke-3 | 13/10/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Aktiviti 6: Penghasilan Video Produk – Fasa 2 • Penyuntingan • Subtitle & text overlay • Audio, branding & CTA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi 7: Semakan dan Pemurnian Kandungan Video • Ketepatan mesej • Visual & audio • Tempoh video • Identiti JDN • Kesesuaian media sosial Video Showcase, Pembentangan & Rumusan Bengkel