Carian Kursus

[ KEA0001 ] Kursus Etika Kerja : Gamifikasi [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini akan memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan peraturan penjawat awam dan permasalahan di tempat kerja serta perbincangan kaedah penyelesaian melalui gamifikasi.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), 1993
  2. Menyenaraikan kepentingan etika kerja profesional ketika melaksanakan tugas sebagai penjawat awam berdasarkan Buku Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam (INTAN, 1991)
  3. Mengaplikasi lapan nilai etos sebagai asas etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam berdasarkan Buku Etos Perkhidmatan Awam (MAMPU, 2012)
Syarat Tambahan

Kursus Etika Kerja : Gamifikasi Siri 1/2024 ini akan diadakan secara BERSEMUKA di INTAN Bukit Kiara.

  1. Peserta dikehendaki berada dalam keadaan sihat semasa melapor diri pada hari pendaftaran kursus.
  2. Peserta diwajibkan menghadiri setiap slot yang diadakan sepanjang kursus.
  3. Peserta diminta menyediakan yuran pendaftaran kursus sebanyak RM30. Resit penerimaan bayaran akan disediakan.

***Bermula Mac 2023, tiada penginapan disediakan kepada peserta memandangkan asrama penginapan INTAN berada di bawah proses penyelenggaraan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 16/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peribadi Unggul
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kepimpinan: Minda Beretika
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Inovasi dan Kreativiti
Hari Ke-2 | 17/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Nilai-nilai Murni dan Integriti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Etika Kerja
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes & Penutup