Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai aspek keselamatan siber, termasuk ancaman siber semasa, risiko keselamatan maklumat serta amalan terbaik dalam melindungi aset dan data organisasi. Di samping itu, kursus ini memberi pendedahan kepada langkah-langkah pencegahan, pengesanan dan tindak balas yang berkesan bagi mengurangkan risiko serta mengelakkan organisasi dan individu daripada menjadi mangsa ancaman siber.
Kursus dijalankan secara dalam talian
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pengenalan Asas Keselamatan Siber | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Ancaman keselamatan siber, kelemahan dan serangan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Kaedah pencegahan untuk mengatasi serangan keselamatan siber |