Carian Kursus

[ SZA0003 ] Kursus Pemikiran Kreatif [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Selaras dengan keperluan semasa di dalam perkhidmatan awam, penekanan kepada strategi dan program berteraskan keberhasilan bagi menjana inovasi dan meningkatkan produktiviti amat dititikberatkan oleh stakeholder. 

Sehubungan itu, kursus yang diadakan dalam talian ini menampilkan inisiatif-inisiatif strategik yang baharu bagi menggalakkan perkongsian ilmu, percambahan idea serta platform bagi menanda aras amalan-amalan terbaik bagi menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan teori serta konsep pemikiran kreatif dan inovatif
  2. Menyenaraikan Creative Tools yang boleh digunakan untuk menjana idea kreatif dalam pekerjaan
  3. Menerangkan bagaimana Creative Tools digunakan untuk membuat penambah baikan , menyelesaikan masalah serta mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan bagi meningkatkan kecekapan organisasi
  4. Mengaplikasi Creative Tools digunakan untuk membuat penambah baikan , menyelesaikan masalah serta mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan bagi meningkatkan kecekapan organisasi
  5. Mengaplikasi Best Practice yang dipelajari ke arah meningkatkan pembudayaan inovasi organisasi
Syarat Tambahan

Susulan peningkatan kes COVID19 dan kawalan dalaman pihak jabatan yang menganjur, kursus ini akan dilaksanakan secara DALAM TALIAN

Sehubungan itu, peserta diminta memastikan E-MEL RASMI yang dikunci masuk adalah yang terkini kerana pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan diemelkan terus ke e-mel yang telah didaftarkan melalui HRMIS tuan/puan.

Sebarang pemakluman akan dibuat melalui e-mel tersebut.

Terima kasih.

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/02/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat & Ice Breaking
: Pengenalan kepada Konsep Pemikiran Kreatif & Memahami Minda
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Creative Tools: Mind Provocation and Movement
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Creative Tools: Brainstorming and Scamper
Hari Ke-2 | 22/02/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LDK - Mind Provocation
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: LDK - Scamper
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persembahan Kumpulan, Rumusan dan Penilaian Kursus