Kursus ini dilaksanakan bagi melatih penjawat awam dalam memantapkan imej dan keterampilan serta memberi kesedaran pentingnya aspek penampilan diri yang baik agar dapat memberi imej yang positif selaras dengan pekeliling yang berkuatkuasa.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;
1. tidak perlu datang ke INTAN Kampus Sabah secara fizikal samaada untuk pendaftaran dan sebagainya. Hanya perlu berada ditempat masing-masing.
2. hendaklah log in kepada Google Meet pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.
3. dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.
4. boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chat window Google Meet.
5. mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat window Google Meet.
6. membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Peranan Imej dan Keterampilan Diri (Transformasi Penjawat Awam) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penampilan Diri dan Tatahias (Memahami Bentuk Badan dan Pengaruh Psikologi Warna) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Konsep Asas Solekan | |
: | Tatahias Ke Pejabat |