Carian Kursus

[ KCA0038 ] Kursus Fundamentals of Enterprise Architecture [ Siri 2/2021 ]

Sinopsis Kursus

Enterprise Architecture (EA) adalah suatu pendekatan untuk mendefinisikan sesebuah organisasi merangkumi pelbagai domain yang berbeza dengan menggunakan kaedah yang berstruktur. EA dipacu oleh peningkatan penggunaan teknologi yang berterusan dalam sebuah organisasi dan seterusnya memberikan kesan yang besar terhadap integrasi dan kerjasama di antara business entity. EA diguna pakai sebagai satu amalan untuk penentuan strategik dan penyelarasan keupayaan Bisnes dan ICT bagi sesebuah organisasi melalui pemahaman, penyelarasan dan perancangan aktiviti.

Menyedari tentang kepentingan EA, MAMPU telah membangunkan rangka kerja (framework) dan metodologi EA yang dinamakan MyGOVEA untuk diguna pakai oleh agensi sektor awam di Malaysia. Kursus ini membolehkan peserta memahami konsep asas EA dan MyGOVEA sektor awam serta memberi gambaran umum bagaimana untuk membangunkan artifak EA dalam bentuk rajah mengikut Panduan MyGovEA: Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam.

 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan fasa-fasa dalam metodologi MyGOVEA dengan betul mengikut Panduan MyGovEA: Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam
Modul/Topik
Hari Pertama | 11/08/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Enterprise Architecture (EA)
: Pelaksanaan EA di Agensi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Rangka Kerja dan Metodologi MyGOVEA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: EA Modelling Tools & Modelling Architecture ( Business, Data,Application, Technology)