Carian Kursus

[ KEA0012 ] Kursus Literasi Kaunseling [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Secara umumnya, melalui kursus ini peserta akan mempelajari mengenai bimbingan dan kaunseling secara asas yang merangkumi konsep, matlamat dan faedah mempelajari bidang ini. Peserta kursus juga akan didedahkan dengan beberapa teori dan kemahiran dalam kaunseling secara asas. Kaedah penyampaian dalam kursus ini adalah berbentuk ceramah, pengendalian ujian psikologi, perkongsian kes, latih amal dan perbincangan di antara penceramah dan peserta.

Kursus ini sesuai diikuti oleh peserta berikut:

- Bukan dari latar belakang pendidikan bidang psikologi/kaunseling;

- Tidak pernah mengikuti mana-mana latihan dalam bidang psikologi/kaunseling secara rasmi;

- Berminat untuk mempelajari ilmu kaunseling di peringkat asas; dan

- Boleh memberikan kerjasama dalam sesi latihan amali.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan kursus, peserta boleh menghubungi penyelaras kursus seperti dalam maklumat berikut:

1- Pn. Norazlinawati bt Mohd Yusslee (Perunding Latihan) - 03-2084 7277 / 013-811 8978 / norazlinawati@intanbk.intan.my

2- Dr. Ahmad Badruddin bin Abdullah (Perunding Latihan Kanan) - 03-2084 7660 / 013-399 4391 / ahmad.bad@intanbk.intan.my 

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan konsep, matlamat dan keperluan aspek bimbingan dan kaunseling dalam kehidupan seharian.
  2. Mengaplikasi teori dan kemahiran asas dalam pengendalian aktiviti bimbingan dan kaunseling.
Syarat Tambahan

1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Literasi Kaunseling anjuran Kluster Pembangunan Profesional dan Etika, INTAN Bukit Kiara sebelum ini.

2- Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN memandangkan peserta akan menjalani aktiviti bertulis dalam sesi-sesi perkongsian. 

3- Peserta wajib menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR.

4- Mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus.

Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 13/06/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENGURUSAN KELUARGA DENGAN PENDEKATAN KAUNSELING
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PERSONALITI DAN KEUNIKKANNYA
Hari Ke-2 | 14/06/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ASAS TEORI KAUNSELING DAN MENGENALPASTI MASALAH
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DAN LATIHAN AMALI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KESIHATAN MENTAL, STRES DAN PERKONGSIAN KES