Carian Kursus

[ KCA0030 ] Kursus Pemulihan Bencana (ICT) [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Tujuan kursus Business Continuity Management (BCM) adalah untuk memberi pengetahuan dan pemahaman yang komprehensif mengenai BCM, pembentukan strategi BCM, pembangunan pelan BCM dan pelaksanaan program BCM di agensi-agensi sektor awam. Ini secara langsung dapat menggariskan keperluan untuk melindungi agensi sebelum berlakunya gangguan atau bencana, menggurangkan kemungkinan berlakunya kejadian gangguan atau bencana dan memulihkan fungsi perkhidmatan yang kritikal sekiranya berlaku sebarang gangguan atau bencana

Objektif Kursus
  1. Di akhir kursus, peserta akan dapat: (i)Menerangkan secara komprehensif mengenai konsep BCM dan proses pembentukan strategi BCM mengikut piawaian ISO 22301:2012 - Business Continuity Management Standard tanpa supervisi; (ii)Menerangkan proses pembangunan pelan dan pelaksanaan program BCM di agensi agensi sektor awam mengikut piawaian ISO 22301:2012 - Business Continuity Management Standard tanpa supervisi; (iii) Menganalisa dan mengenalpasti isu-isu pelaksanaan BCM di organisasi mengikut ISO 22301:2012 - Business Continuity Management Standard tanpa supervisi;
    At the end of the course, participants will be able to: (i) Explain comprehensively about the concept of BCM and the process of BCM strategy development according to ISO 22301: 2012 - Business Continuity Management Standard without supervision; (ii) Explain the process of plan development and implementation of BCM program in public sector in accordance with ISO 22301: 2012- Business Continuity Management Standard without supervision; (iii) Analyze and identify issues on BCM implementation in organizations in accordance with ISO 22301: 2012 - Business Continuity Management Standard without supervision;
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Bukit Kiara sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  2. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  3. Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  4. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  5. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  6. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  7. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

** Para peserta WAJIB mempunyai akses kepada talian Internet yang laju dan stabil serta mempunyai kemudahan kamera dan mikrofon pada komputer/laptop bagi melancarkan sesi pembelajaran secara dalam talian.
** Link capaian ke platform dalam talian akan dihantar melalui e-mel setelah maklumbalas penyertaan dibuat.
***Sila pastikan alamat emel dikemaskini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 11/03/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: • Pengenalan kepada konsep BCM • Takrifan BCM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: • Peringkat 1 Mendapatkan sokongan pengurusan atasan • Peringkat II Menentukan strategi BCM
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pelaksanaan BCM • Peringkat III Membangunkan pelan BCM • Peringkat IV Melaksanakan program BCM • Perbincangan kajian kes • Latih Amal