Carian Kursus

[ BZA0039 ] Kursus Pengurusan Rekod Yang Efektif [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus
  1. Pengurusan rekod yang sistematik membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal serta dicapai dengan cepat dan tepat. Rekod yang dikendalikan dengan betul di peringkat awal (pendaftaran dan penawanan) akan memudahkan Pejabat Awam menyampaikan perkhidmatan dengan tepat dan telus
  2. Amalan tadbir urus yang baik atau good governance adalah penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang. Salah satu elemen penting yang perlu diberi penekanan dalam tadbir urus yang baik adalah aktiviti pengurusan rekod. Pengurusan rekod merupakan teras kepada tadbir urus dalam sesebuah Pejabat Awam dan merupakan asas kepada kebolehpercayaan rakyat pada perkhidmatan awam.
Objektif Kursus
  1. Mendefinisi dan menerangkan asas-asas pengurusan rekod awam dalam pelbagai bentuk yang patut diuruskan secara berkesan dan sistematik
  2. Menjelaskan kaedah pelaksanaan sistem rekod yang berkesan selaras dengan Panduan Pengurusan Rekod Awam dan Panduan Pengurusan Pejabat, Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2007
  3. Mematuhi peraturan dan prosedur pengendalian rekod dengan cekap dan teratur
Syarat Tambahan

 

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 24/07/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Pengurusan Rekod Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perundangan dan Peraturan Dalam Pengurusan Rekod Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Klasifikasi Fail
Hari Ke-2 | 25/07/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pewujudan, Penawanan dan penutupan Fail
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: (Sambungan) Pewujudan, Penawanan dan penutupan Fail
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penggunaan dan Penyelenggaraan Rekod
Hari Ke-3 | 26/07/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Keperluan Penyediaan Bilik Registri dan Bilik Rekod
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pelupusan Rekod Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: (Sambungan) Pelupusan Rekod Awam
Hari Ke-4 | 27/07/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: (Sambungan) Pelupusan Rekod Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Ujian Kefahaman / Penilaian dan Penutup