Carian Kursus

[ TZA0030 ] Kursus Pengurusan Bencana [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan keselamatan dan keamanan negara perlu memiliki ilmu pengetahuan yang sempurna dan mantap dalam menguruskan bencana yang berlaku di dalam negara. Ini kerana tindakan yang cepat, berkesan dan sistematik perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkenaan agar bencana dapat diatasi dengan kadar segera.

Situasi yang berlaku di kawasan yang terlibat dalam bencana hendaklah dikawal sepenuhnya untuk mengelakkan masalah ini bertukar menjadi konflik kemanusiaan dalam skala yang lebih besar. Ini amat penting agar bencana yang berlaku tidak menimbulkan ancaman terhadap rakyat dan negara.

a) Kursus ini perlu dilaksanakan bagi membuat persiapan awal bagi melatih penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan bencana.

b) Kursus ini diadakan untuk memperkukuh dan memantapkan kemahiran dalam pengurusan bencana selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 18, 20 dan 21.

c) Kursus ini dilaksanakan bagi melahirkan penjawat awam yang cekap dan responsif  di dalam pengurusan bencana.

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti kaedah dan pendekatan yang betul berkenaan pengurusan bencana berdasarkan kepada Arahan MKN No. 18, 20 & 21.
  2. Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya bencana dan cara-cara mengatasinya berdasarkan kepada kajian dan pengalaman agensi yang terlibat dalam operasi medan
  3. Merangka pelan pengurusan bencana yang sesuai untuk dilaksanakan.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan; dan
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 29/05/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perkongsian Pengurusan Bencana di Daerah
: Taklimat Urusetia
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Taklimat Arahan Majlis Keselamatan Negara MKN No.20
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kesiapsiagaan Bencana
: Komunikasi & Koordinasi Antara Agensi
Hari Ke-2 | 30/05/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Arahan Majlis Keselamatan Negara MKN No. 18
: Taklimat Arahan Majlis Keselamatan Negara MKN No. 21
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Peranan Agensi: Jabatan Meteorologi Malaysia
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peranan Agensi: Kementerian Kesihatan Malaysia
: Peranan Agensi: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Hari Ke-3 | 31/05/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peranan Agensi: Angkata Pertahanan Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Peranan Agensi: Angkatan Tentera Malaysia
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Ancaman Bencana
: Peranan Agensi: Polis DiRaja Malaysia
Hari Ke-4 | 01/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latihan Table Top
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latihan Table Top
: Rumusan dan Penilaian Kursus