Carian Kursus

[ IEB0012 ] PODCAST RADIO : INTEGRASI APLIKASI vMix & TEKNOLOGI SRT [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini direka untuk memberi pengetahuan berkaitan penghasilan podcast radio secara profesional menggunakan gabungan perisian penyiaran vMix dan teknologi penghantaran data Secure Reliable Transport (SRT).

Anda akan mempelajari cara mengintegrasikan pelbagai sumber audio dan video, menguruskan paparan skrin, dan menggunakan ciri-ciri canggih vMix untuk menghasilkan siaran yang dinamik dan menarik.

Di samping itu, anda akan mendalami teknologi SRT (Secure Reliable Transport), memahami fungsinya dalam menjamin kualiti dan kestabilan siaran, terutamanya untuk penstriman jarak jauh atau dalam keadaan rangkaian yang kurang stabil.

Dengan penekanan praktikal, kursus ini akan membolehkan anda merancang, mengendalikan, dan menyiarkan podcast radio dengan kualiti staraf profesional, seterusnya membuka lebih peluang dalam dunia penyiaran digital.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan konsep asas dan fungsi perisian vMix dan aplikasi SRT dalam konteks penyiaran radio bervisual
  2. Mempelajari prinsip, kaedah dan faedah menggunakan teknologi Secure Reliable Transport (SRT) dalam penstriman audio dan video.
  3. Mengkonfigurasi dan mengendalikan siaran podcast radio yang stabil dan berkualiti tinggi menggunakan perisian vMix dan aplikasi SRT.
Syarat Tambahan

Kursus ini direka khas untuk mereka yang telah mempunyai pengalaman menggunakan perisian vMix. Ia sesuai untuk:

  • Kru teknikal dan penerbitan yang terlibat dalam produksi siaran langsung, webinar, atau acara korporat.

  • Pencipta kandungan digital yang sudah biasa dengan penstriman di YouTube, Facebook Live, TikTok dan sebagainya.

  • Penerbit atau editor podcast yang berhasrat untuk meningkatkan kualiti produksi dengan menggabungkan elemen video dan interaksi secara langsung.

Justifikasi penyertaan kursus perlu dinyatakan dengan jelas, secara individu dan tersendiri (tanpa bantuan teknologi kecerdasan buatan). 

Modul/Topik
Hari Pertama | 13/10/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 1