Carian Kursus

[ DUA0002 ] KURSUS PEMANTAPAN KEMAHIRAN FOTOGRAFI DAN AKSESORI PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MAQIS [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran fotografi dalam kalangan Pegawai Perhubungan Awam MAQIS, khususnya dalam menghasilkan visual yang berkualiti tinggi untuk tujuan dokumentasi, hebahan dan komunikasi rasmi jabatan.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada teknik asas dan lanjutan fotografi termasuk komposisi gambar, pencahayaan, tetapan kamera serta penggunaan aksesori seperti flash, reflector dan peralatan sokongan lain. Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan kepada penghasilan imej yang berimpak tinggi dan bersesuaian dengan imej korporat jabatan.

Melalui latihan praktikal dan bimbingan secara hands-on, peserta berpeluang meningkatkan kecekapan dalam merakam gambar yang lebih kreatif, jelas dan profesional, seterusnya memperkukuhkan peranan mereka dalam penyampaian maklumat kepada orang awam.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas serta lanjutan dalam bidang fotografi. Memberi pendedahan kepada teknik penggunaan kamera dan aksesori fotografi dengan lebih efektif. Memperkukuhkan keupayaan peserta dalam menghasilkan imej yang berkualiti tinggi dan berimpak. Meningkatkan kreativiti dalam penghasilan bahan visual bagi tujuan hebahan dan komunikasi korporat MAQIS. Melahirkan pegawai yang kompeten dalam merakam serta mendokumentasikan aktiviti jabatan secara profesional.
    To improve basic and advanced knowledge and skills in the field of photography. To provide exposure to techniques for using cameras and photography accessories more effectively. To strengthen participants' ability to produce high-quality and impactful images. To increase creativity in producing visual materials for the purpose of MAQIS's corporate announcements and communications. To produce officers who are competent in recording and documenting department activities professionally.
Syarat Tambahan
  • Penyertaan adalah terhad kepada Pegawai Perhubungan Awam MAQIS sahaja (PRO MAQIS).
  • Peserta hendaklah mendaftar lebih awal sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
  • Kehadiran adalah WAJIB sepanjang tempoh kursus.
  • Peserta digalakkan membawa kamera sendiri (DSLR/Mirrorless) serta aksesori berkaitan seperti flash, tripod dan sebagainya.
  • Peserta perlu memastikan peralatan berada dalam keadaan baik dan mencukupi (bateri, memory card, dll.).
  • Pakaian adalah kemas dan bersesuaian dengan imej penjawat awam.
  • Peserta hendaklah mematuhi arahan penganjur sepanjang kursus berlangsung.
  • Penganjur berhak membuat sebarang perubahan jadual atau modul sekiranya perlu.
  • Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang hadir penuh dan aktif sepanjang kursus.
  • Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia program.
Modul/Topik
Hari Pertama | 05/05/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Asas Lighting - Natural light vs artificial light
Hari Ke-2 | 06/05/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komposisi Visual - Rule Of Thirds & Leading Lines Dalam Video
Hari Ke-3 | 04/05/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Hands-On Camera Setup - Setting Manual, White Balance, Focus
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Practical Session 1 - Shooting Indoor & Outdoor
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Review & Critique - Semakan hasil gambar peserta (feedback dan pembetulan teknik)
Hari Ke-4 | 05/05/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Shooting Video Using Phone - Teknik pergerakan (Pan,Tilt, Zoom)
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teknik Lighting - Key light, fill light, backlight untuk temubual
SESI 3 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Aksesori Video - Penggunaan Stabilizer, Mic & Tripod
SESI 3 SESI 4 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Practical Session 2 - Night Shoot & Video B-roll
Hari Ke-5 | 06/05/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Editing Video Using Phone - Asas pemotongan clip (Splitting/Trimming)
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Editing Using CapCut - Layering, Overlay & Green Screen
SESI 3 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Practical Session 3 - Street Cinematography
SESI 3 SESI 4 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Lanjutan CapCut - Keyframe, Transition & Sound Effects
Hari Ke-6 | 07/05/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Editing Video Thru Canva App - Mencipta Intro, Outro & Grafik Video
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Presentation & Penilaian - Tayangan Hasil Kerja & Feedback