Carian Kursus

[ ISB0017 ] KURSUS TRANSFORMASI GSPS DENGAN AI [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Dalam era ancaman hibrid dan manipulasi maklumat digital yang semakin rencam, domain Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) kini berhadapan dengan cabaran strategik yang dinamik. Keupayaan untuk mengesan naratif musuh, menganalisis sentimen awam dan merangka tindak balas psikologi secara konvensional tidak lagi memadai untuk mendepani kepantasan serangan di ruang siber.

Seiring dengan evolusi persekitaran maklumat global, pegawai dan anggota yang terlibat dalam pelaksanaan GSPS perlu mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam memanfaatkan teknologi AI secara beretika, strategik dan berkesan.

Penggunaan AI bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan analisis maklumat, pembangunan naratif, penghasilan bahan komunikasi strategik dan pemantauan sentimen, malah membantu mempercepatkan proses membuat keputusan berdasarkan data.

Melalui pendekatan pembelajaran yang menggabungkan teori, demonstrasi dan latihan praktikal, peserta akan diberi pendedahan mengenai penggunaan aplikasi AI terkini bagi meningkatkan keberkesanan komunikasi strategik, analisis persekitaran maklumat serta dapatan hasil GSPS yang lebih berkualiti, pantas dan relevan dengan keperluan gerak kerja semasa.

Objektif Kursus
  1. Memahami konsep asas Kecerdasan Buatan (AI) serta aplikasinya dalam transformasi Gerak Saraf dan Perang Saraf (GSPS).
  2. Mengenal pasti potensi, peluang dan cabaran penggunaan AI dalam perancangan serta pelaksanaan operasi GSPS.
  3. Mengaplikasikan platform dan alat AI bagi menghasilkan kandungan komunikasi strategik yang berkualiti, kreatif dan berkesan.
  4. Menggunakan AI untuk menganalisis maklumat, sentimen, trend dan naratif bagi menyokong proses membuat keputusan.
Syarat Tambahan

TERBUKA KEPADA PEGAWAI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA DAN PEGAWAI PENERANGAN DAERAH NEGERI SELANGOR SAHAJA

Modul/Topik
Hari Pertama | 12/08/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan AI & Transformasi GSPS
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Potensi & Peluang AI dalam Operasi GSPS
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Cabaran, Risiko & Etika AI
Hari Ke-2 | 13/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Platform & Alat AI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Menghasilkan Kandungan Komunikasi Strategik
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Analisis, Sokongan Keputusan & Simulasi