Carian Kursus

[ TZA0022 ] Kursus Penyeliaan Berkesan (Asas) [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini menerapkan elemen-elemen kepimpinan dan penyeliaan serta membincangkan isu-isu yang lazim dihadapi oleh penyelia di tempat kerja. Peserta akan didedahkan kepada topik-topik asas berkaitan konsep penyeliaan antaranya adalah pengurusan penyeliaan dalam organisasi, asas kaunseling, teknik komunikasi berkesan dan motivasi.

 

Objektif Kursus
  1. PADA AKHIR SESI, PESERTA AKAN DAPAT MENJELASKAN KONSEP PENYELIAAN DAN PRINSIP-PRINSIP ORGANISASI DENGAN BETUL
  2. PADA AKHIR SESI, PESERTA AKAN DAPAT BERKOMUNIKASI DENGAN LEBIH BAIK SERTA MENGAPLIKASIKAN TEKNIK MOTIVASI DAN KAUNSELING SEBAGAI PENYELIA DI ORGANISASI SECARA BETUL
  3. PADA AKHIR SESI, PESERTA AKAN DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH YANG LAZIM DIHADAPI OLEH PENYELIA DI TEMPAT KERJA DENGAN BETUL.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  • 1.    Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  • 2.    Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.00 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  • 3.    Menyelesaikan pre test pada awal kursus dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia di ruangan chat window.
  • 4.    Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  • 5.    Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  • 6.    Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                            
  • 7.    Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  • 8.    Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 08/08/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran & Taklimat Kursus
: KEPIMPINAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MOTIVASI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PRINSIP PRINSIP ORGANISASI
Hari Ke-2 | 09/08/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KAUNSELING
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: DASAR-DASAR KERAJAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KOMUNIKASI
Hari Ke-3 | 10/08/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGURUSAN PENYELIAAN DALAM ORGANISASI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KAJIAN KES
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penutup & Penilaian Kursus