Dalam mendepani pelbagai cabaran, penjawat awam merupakan tunjang utama dalam merealisasikan pelbagai hasrat pihak kerajaan. Oleh itu, budaya kesegeraan dan budaya pengurusan tepat sangat penting bagi menghadapi persekitaran operasi yang mencabar dan sukar jangka.
Selaras dengan ini, pihak INTIM berhasrat supaya projek khas ini dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang budaya kesegeraan dalam perkhidmatan awam dan memastikan jabatan dapat mendukung tadbir urus yang lebih cekap bagi menjamin kepuasan pelanggan.
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;
4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;
5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).
6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS | |
: | PENGENALAN KEPADA BUDAYA KESEGERAAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MEMBINA BUDAYA KONDUSIF: UNITY IS SPEED, SPEED IS POWER | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MENANGANI PERUBAHAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | TEKNIK PENGURUSAN KESEGERAAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | KAJIAN KES DAN LDK | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PEMBENTANGAN DAN REFLEKSI | |
: | PENILAIAN & PENUTUP |