Carian Kursus

[ KCA0016 ] Kursus Pengurusan Projek ICT [ Siri 3/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberi panduan komprehensif untuk mengurus projek Information and Communication Technology (ICT) di agensi berdasarkan metodologi Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA).  Garis panduan PPrISA 2.0 mengandungi tatacara yang lebih komprehensif bagi melaksanakan projek ICT bermula dari Fasa Permulaan, Fasa Perancangan, Fasa Pelaksanaan dan Kawalan sehingga ke Fasa Penamatan Projek.  Setiap fasa mengandungi templat yang boleh digunakan sebagai rujukan dan dokumen rasmi dalam mengurus projek ICT. 

Tujuan garis panduan PPrISA 2.0 ini dibangunkan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) adalah untuk menyediakan satu panduan yang sistematik supaya pengurusan projek ICT di agensi sektor awam dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih efisien dan berdisiplin.  Panduan ini boleh diguna pakai bagi mengurus projek ICT sama ada yang dilaksanakan secara dalaman, luaran/outsourcing (iaitu yang menggunakan perkhidmatan dari pihak luar seperti universiti, syarikat swasta atau luar negara) atau co-sourcing (gabungan dalaman dan outsourcing).

Sasaran utama garis panduan ini adalah pegawai sektor awam yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus projek dan pejabat pengurusan projek (PMO) untuk melaksanakan projek ICT.  Ia juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pegawai sektor swasta yang terlibat dalam melaksanakan projek ICT di agensi sektor awam.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti fasa-fasa dalam pengurusan projek ICT berdasarkan Metodologi Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA).
  2. Menyediakan Dokumen Permulaan Projek (DPP) dan Pelan Pengurusan Projek (PPP) berdasarkan Metodologi PPrISA sebagai dokumen rujukan utama bagi memastikan pengurusan projek ICT dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Syarat Tambahan
  1. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK menerima sijil kehadiran kursus.
  2. Pihak urus setia kursus beranggapan tuan/puan MENOLAK tawaran ini sekiranya tidak menerima pengesahan kehadiran pada tarikh yang ditetapkan. Sebarang rayuan selepas tarikh tutup pengesahan kehadiran tidak akan dilayan. 
  3. Terhad kepada 35 orang peserta sahaja.
Modul/Topik
Hari Pertama | 24/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Metodologi PPrISA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Metodologi PPrISA - Fasa Permulaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perbincangan/Tugasan/Pembentangan Kumpulan
Hari Ke-2 | 25/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Metodologi PPrISA – Fasa Perancangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Metodologi PPrISA – Fasa Perancangan (Sambungan…)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perbincangan/Tugasan/Pembentangan Kumpulan
Hari Ke-3 | 26/06/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Metodologi PPrISA – Fasa Pelaksanaan dan Kawalan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Metodologi PPrISA – Fasa Penamatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perbincangan/Tugasan/Pembentangan Kumpulan