Carian Kursus

[ KCA0174 ] Kursus Pengenalan Pengurusan Perubahan Strategik Kecerdasan Buatan (AI) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberi pendedahan asas mengenai konsep Kecerdasan Buatan (AI) serta kepentingannya dalam menyokong pengurusan perubahan strategik organisasi. Peserta akan memahami potensi penggunaan AI, cabaran transformasi digital, serta peranan kepimpinan dalam mengurus perubahan bagi meningkatkan kecekapan dan inovasi organisasi.

Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian dan terbuka kepada pegawai Gred 48 dan ke atas sahaja.

Objektif Kursus
  1. Memberi pemahaman asas mengenai konsep dan potensi penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam menyokong pengurusan strategik organisasi
  2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan perubahan dalam pelaksanaan teknologi AI di organisasi.
  3. Memperkukuh peranan kepimpinan dalam memacu transformasi digital dan penggunaan AI secara berkesan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 08/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI) dan Impaknya kepada Organisasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Perubahan Strategik dalam pelaksanaan teknologi AI.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tadbir Urus, Etika dan Risiko Penggunaan AI