Carian Kursus

[ WZA0001 ] Kursus Pemandu Cemerlang [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

1. Kursus Pemandu Cemerlang pada tahun ini akan diadakan selama tiga (3) hari khusus kepada Pemandu Kenderaan Kerajaan (dengan jumlah jam berkursus adalah 18).   Metodologi kursus adalah berbentuk ceramah, latih amal penggunaan Buku Log Kenderaan dan satu sesi khas Modul Kembara Pemandu di mana, peserta dibawa keluar mendaki gunung dan menikmati suasana air terjun selama sehari suntuk.

2.  Semoga kursus ini dapat menghasilkan Pemandu Kenderaan Kerajaan yang cemerlang, berdisiplin, beretika mulia dan pengetahuan yang tinggi.

Objektif Kursus
  1. Membentuk tingkahlaku berhemah dan cemerlang dalam diri Pemandu Kenderaan Kerajaan menurut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, 1PP WP 4.1, Lampiran C.
  2. Menyelenggara Buku Log Kenderaan dengan sempurna menurut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, 1PP WP 4.1, Lampiran C.
  3. Mempamerkan imej dan ketrampilan diri Pemandu Kenderaan Kerajaan dengan baik.
Syarat Tambahan

1. Kursus ini akan berakhir pada jam 1630 hrs pada 4.7.2023.  Sila ambil perhatian.

2. Modul baharu iaitu Modul Kembara Pemandu diadakan bermula dari Siri 2 Tahun 2023.  Dalam program sehari ini, peserta akan dibawa keluar melawat atau mendaki gunung untuk beriadah di samping mengukuhkan silaturahim sesama peserta dari seluruh pelusuk negara.  Sila bawa pakaian sukan dan kasut yang sesuai untuk aktiviti beriadah dan mendaki gunung.

3. Perhatian, kepada pemandu yang ada masalah kesihatan dan tidak berupaya mendaki tidak dibenarkan memohon.

4. Sila kemaskini maklumat HRMIS tuan/puan terlebih dahulu dengan nombor telefon bimbit yang betul sebelum membuat permohonan.

5. Pembelian baju aktiviti (Tidak Wajib).

Modul/Topik
Hari Pertama | 02/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ciri-Ciri Pemandu Berhemah dan Cemerlang.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Buku Log Kenderaan Kerajaan.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihamal Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan Kerajaan.
Hari Ke-2 | 03/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kembara Pemandu.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kembara Pemandu.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kembara Pemandu.
Hari Ke-3 | 04/07/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi Pemandu Kenderaan Kerajaan.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Imej dan Ketrampilan Diri Pemandu Kenderaan Kerajaan.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan, Penutupan & Penilaian Kursus.