Carian Kursus

[ ICB0080 ] POWERED NEXTGEN JOURNALISM [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan memperkukuh kompetensi pengamal media dalam mengadaptasi teknologi dan inovasi digital ke dalam amalan kewartawanan, tanpa mengabaikan prinsip etika, integriti dan tanggungjawab sosial yang menjadi tunjang profesion kewartawanan.

Kursus ini terbuka kepada 25 orang pengamal media daripada pelbagai organisasi media. Pelaksanaannya diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kompetensi peserta dalam mengadaptasi teknologi serta inovasi digital ke dalam amalan kewartawanan. Selaras dengan tema Powered NextGen Journalism, program ini juga bertujuan melahirkan pengamal media yang lebih adaptif, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran industri media masa hadapan

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai perkembangan teknologi AI dan impaknya terhadap industri media.
  2. Memperkasa kemahiran peserta dalam penggunaan alat digital dan AI bagi menyokong proses penghasilan kandungan berita yang lebih efektif.
  3. Meningkatkan keupayaan peserta menghasilkan kandungan yang kreatif, tepat dan relevan merentasi pelbagai platform media.
  4. Memperkukuh amalan kewartawanan yang beretika, bertanggungjawab dan berintegriti dalam era digital.
Syarat Tambahan

Pengamal media daripada pelbagai organisasi media

Modul/Topik
Hari Pertama | 29/06/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 1: AI in the Newsroom – Useful, Risky & Dangerous
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MODUL 2: Smart Prompting for Journalists
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 3: Editing the Machine – How to Review AI Output
: MODUL 4: From AI Tasks to Newsroom Workflows
Hari Ke-2 | 30/06/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 5: The AI Newsroom Playbook
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MODUL 6: Mapping Safe AI Workflows
: MODUL 7: From Workflow to Custom GPT/Gem
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 8: Build Your Newsroom Assistant
: MODUL 9: Stress-Test the Assistant