Carian Kursus

[ EAC1002 ] KURSUS PENYELESAIAN MASALAH DAN PENINGKATAN PERKHIDMATAN PENGEMBANGAN (UPSKILLING-PP) [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini terbuka kepada  Pegawai Veterinar / Penolong Pegawai Veterinar gred G29 - GV48  yang berkhidmat di VetEC

Objektif Kursus
  1. a) Membangunkan dan mewujudkan pegawai pembimbing yang mahir dan cekap dalam mengenalpasti permasalahan yang dihadapi penternak dengan penyelesaian yang mampu dilaksanakan oleh pelanggan bimbingannya. b) Peserta berkebolehan dan mengetahui cara menggunakan parameter teknikal bagi menentukan punca kelemahan prestasi projek pelanggan dan kaedah penyelesaian mengatasinya melalui parameter yang sama bagi meningkatkan prestasi projek. c) Supaya pegawai pembimbing lebih peka dan bijak dalam menangani perkara-perkara yang boleh menjadi penyebab kenapa sesuatu projek yang dijalankan oleh pelanggan kurang berdayamaju. Dengan latihan ini, mereka lebih cekap dan cepat dapat menghidu kelemahan dan seterusnya memberikan khidmat nasihat yang tepat, supaya projek yang diusahakan oleh pelanggan meningkat dan menghasilkan keputusan positif.
Brosur/Dokumen
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 16/10/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Taklimat Kursus Dan Cambahan Fikiran - Urusetia
Hari Ke-2 | 17/10/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pokok Masalah Peringkat Makro & Mikro
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Tindakan Sebelum Masalah Berlaku (What Is Proactive Action)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tindakan Selepas Masalah Berlaku (What Is Reactive Action)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Kerja Berkumpulan - Urusetia
Hari Ke-3 | 18/10/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Mengenalpasti Masalah Sebenar Yang Berlaku
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penetapan Matlamat & Sasaran Dari Masalah Yang Dikenalpasti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Kepada Kerangka Logik (LFA)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Kerja Berkumpulan - Urusetia
Hari Ke-4 | 19/10/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perkongsian Problem Tree
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Perkongsian Objective Tree
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan Kursus & Serahan Hasil Kerja - Urusetia