Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan perolehan kerajaan dan tanggung jawab penjawat awam untuk menjaga kepentingan kerajaan. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan perolehan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan.
Susulan fasa endemik COVID19 melalui arahan Majlis Keselamatan Negara berkuatkuasa 1 Mei 2022, kursus ini akan dilaksanakan secara BERSEMUKA. Sebarang perubahan status kursus (bersemuka / dalam talian) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, peserta diminta memastikan E-MEL RASMI yang diletakkan adalah yang terkini kerana pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan die-melkan terus ke e-mel yang telah didaftarkan melalui HRMIS tuan/puan.
Sebarang pemakluman akan dibuat melalui e-mel tersebut.
Terima kasih.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pendaftaran dan Taklimat Kursus | Pengenalan Kepada Pengurusan Perolehan Kerajaan | |
: | Punca Kuasa, Prinsip, Dasar Perolehan Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Integriti Dalam Pengurusan Perolehan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kaedah Pengurusan Sebut Harga dan Tender |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penyediaan Spesifikasi | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kaedah Penilaian Teknikal dan Kewangan Sebutharga/Tender | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kajian Kes Perolehan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kaedah Perolehan Kerja | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak (Bekalan dan Perkhidmatan) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Isu Dan Masalah dalam Perolehan Kerajaan | Rumusan dan Penutup |