Carian Kursus

[ KBA0024 ] Kursus Asas Penulisan Teks Ucapan Kerajaan [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Dokumen rasmi kerajaan, sebagai produk yang lahir dari proses pmikiran dan penulisan penjawat awam terpilih, tertakluk di bawah Akta 629 (Akta Arkib Negara 2003), menopang keutuhan serta kesempurnaan pengurusan entiti kerajaan. Dalam ranah komunikasi rasmi kerajaan, teks ucapan merupakan antara lapisan esensi yang mempersembahkan kehalusan wacana kebijaksanaan pemimpin sektor awam.

Keanggunan serta kecemerlangan teks ucapan yang ideal merupakan adunan rangkaian sintaksis yang berkesan dan pilihan leksikal yang memancarkan keindahan bahasa, sekali gus menyampaikan mesej kepada audiens. Kursus ini, sebagai platform transaksi ilmu, mengilhamkan peserta dengan landasan asas penulisan teks ucapan yang tidak sekadar melibatkan tatasusunan yang menarik, tetapi turut menekankan ketinggian bahasa dalam konteks kehebatan teks ucapan.

Latihan-latihan amali, merangkumi penyusunan dokumen rasmi kerajaan termasuk teks ucapan, menjadi tonggak latihan bagi membentuk kemahiran penulisan yang cemerlang dalam kalangan penjawat awam. Tambahan pula, kursus ini memfokuskan penerapan garis panduan penggunaan bahasa kebangsaan yang optimum, memberikan sentuhan estetika yang mengagumkan dan menjamin kesan yang mendalam kepada teks yang dihasilkan.

Ketegasan keperluan kursus ini telah diperkukuh melalui Surat Edaran Dan Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam, yang menjelaskan tuntutan dan harapan tinggi terhadap peningkatan kecekapan komunikasi rasmi, khususnya dalam kemahiran penulisan dan penguasaan bahasa kebangsaan. Melalui modul kursus ini, peserta dijangka dapat mengekalkan dan melonjak standard kecemerlangan dalam menghasilkan teks ucapan yang memenuhi citra kerajaan di setiap majlis rasmi.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan struktur asas teks ucapan kerajaan.
  2. Menggunakan laras bahasa dan tatabahasa yang betul bagi tujuan penghasilan teks ucapan kerajaan.
Syarat Tambahan

Kursus ini dijalankan secara dalam talian bagi memaksimumkan penyertaan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 24/09/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada teks ucapan kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Stuktur Teks Ucapan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LDK 1: Struktur Teks Ucapan Kerajaan
Hari Ke-2 | 25/09/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Gaya Bahasa dalam Teks Ucapan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: LDK 2: Gaya Bahasa dalam Teks Ucapan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan dan Penutup