1. Para peserta akan mengikuti modul pembelajaran secara bersemuka. Program ini berlangsung selama TIGA (3) hari memberi penekanan terhadap aspek SMART dalam integriti yang boleh diaplikasi ditempat kerja.
2. Kursus ini dijalankan bagi menumpukan kepada pembangunan nilai dalaman penjawat awam menerusi nilai universal yang terangkum dalam ajaran ISLAM.
3. Perkataan Akronim S.M.A.R.T merujuk kepada Syariah, Muamalat, Akhlak, Rahmah dan Takwa.
Semua peserta dikehendaki mematuhi syarat serta peraturan kursus seperti berikut:
1. Para peserta dimohon untuk melaksanakan perkara berikut :
1.1. Melakukan ujian kendiri COVID-19 dalam tempoh 24 jam sebelum pendaftaran dan membawa keputusan ujian tersebut semasa hari pendaftaran;
1.2. Peserta yang mempunyai simptom seperti batuk, selsema atau demam atau positif COVID-19 adalah DILARANG sama sekali berkursus di IKWAS;
2. Peserta TIDAK PERNAH mengikuti Kursus SMART Integriti anjuran INTAN Kampus Wilayah Selatan.
3. Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula
4. Para peserta dimohon untuk memakai TANDA NAMA (name tag) semasa menyertai sesi kursus.
5. Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus.
6. Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan peserta tidak menerima sijil kehadiran serta tidak melayakkan pegawai mendapat Sijil Kursus. Sebab-sebab tidak hadir hanya dibenarkan dan diberi pertimbangan oleh pihak urus setia.
7. Peserta hendaklah sentiasa mematuhi etika berpakaian semasa berkursus dan mematuhi arahan pihak IKWAS.
8. Pengurus Program akan memaklumkan kepada Ketua Jabatan/Penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENDAFTARAN & TAKLIMAT KURSUS | |
: | ETIKA KERJA PERKHIDMATAN AWAM | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | HATI INI MILIK SIAPA |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN (EXPLORACE) | |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN (EXPLORACE) | |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN (EXPLORACE) | |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN (EXPLORACE) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN - EXPLORACE | |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN - EXPLORACE | |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN (EXPLORACE) | |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN (EXPLORACE) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN : REFLEKSI MINDA |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | INTEGRITI DALAM KONSEP ISLAM | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | GERAK MINDA DAN TEKAD 1 AZAM | |
: | RUMUSAN DAN PENILAIAN KURSUS |