Dokumen rasmi kerajaan merupakan sebarang dokumen yang dihasilkan oleh kerajaan secara rasmi dan hal-ehwal pengurusannya tertakluk di bawah Akta 629 (Akta Arkib Negara 2003). Antara dokumen rasmi kerajaan yang paling lazim di setiap pejabat kerajaan ialah surat, memorandum dan e-mel.
Kepentingan surat rasmi jelas dilihat melalui pelbagai punca kuasa yang menekankan aspek-aspek struktur, elemen-elemen serta gaya bahasa surat rasmi kerajaan bagi membezakannya dengan surat-surat yang dikeluarkan oleh pihak lain. Antara surat pekeliling terawal yang dikeluarkan berkaitan penulisan surat rasmi ialah Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1980: Penyeragaman Kepala Surat Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Persekutuan yang menekankan identiti kepala surat dan struktur surat rasmi kerajaan. Rentetan daripada pekeliling tersebut, MAMPU telah mengeluarkan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014 yang menghuraikan lebih teliti aspek-aspek penulisan surat rasmi, memorandum dan e-mel rasmi kerajaan. Surat arahan tersebut – meskipun tidak bertaraf Pekeliling Perkhidmatan – telah dijadikan penanda aras oleh semua kementerian-kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya. Buktinya selepas tahun 2014 (selepas surat arahan MAMPU tersebut dikeluarkan), terdapat sebilangan kementerian, jabatan dan agensi termasuk badan berkanun seperti universiti-universiti mengeluarkan panduan penulisan tersendiri dengan menjadikan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014 tersebut sebagai rujukan utama.
Melalui latihan berkaitan dokumen rasmi kerajaan yang lazim kepada setiap pejabat kerajaan, tatacara penggunaan bahasa Kebangsaan yang optimum juga boleh disampaikan kepada penjawat awam. Kursus ini berada di bawah Kluster Pembangunan Kendiri (Protokol & Bahasa) dan Tatacara Kerja, Dasar Latihan JPA.
Kursus ini diadakan dalam talian bagi memaksimumkan penyertaan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | FORMAT SURAT RASMI, MEMO DAN E-MEL KERAJAAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | GAYA BAHASA DALAM PENULISAN DOKUMEN RASMI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latihan Penulisan dan Persembahan Kumpulan |