Carian Kursus

[ ICB0052 ] SMART JOURNALISM: AI TOOLS FOR FASTER , SMARTER REPORTING [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kemajuan teknologi AI telah membawa perubahan ketara dalam pelbagai bidang termasuklah bidang kewartawanan. Dalam landskap media yang pantas dan kompetitif, wartawan masa kini perlu menghasilkan laporan yang cepat, tepat serta berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pengguna maklumat yang semakin celik teknologi. Justeru, penguasaan terhadap alatan digital terkini khususnya yang berasaskan AI, merupakan satu kelebihan yang semakin penting bagi setiap pengamal media.

Konsep Smart Journalism merujuk kepada penggunaan teknologi seperti AI bagi menyokong tugasan kewartawanan harian antaranya termasuk penulisan berita, penyuntingan kandungan, transkripsi, analisis data, penghasilan visual dan semakan fakta. Penggunaan alat-alat ini bukan sahaja membantu menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan kerja tetapi juga memperkukuh kredibiliti laporan yang dihasilkan.

Objektif Kursus
  1. Memberikan pendedahan asas tentang konsep Smart Journalism yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam proses pengumpulan, penghasilan laporan berita
  2. Meningkatkan kefahaman peserta tentang kepelbagaian aplikasi dan alat AI yang boleh digunakan dalam kerja kewartawanan, seperti transkripsi automatik, penjanaan kandungan, penyuntingan teks, penterjemahan dan analisis data
  3. Melatih peserta supaya dapat menggunakan alat AI secara cekap dan beretika dalam tugasan harian, termasuk dalam penulisan berita, penyediaan visual, dan pengurusan kandungan multimedia
  4. Membina kesedaran peserta terhadap batasan dan cabaran penggunaan AI dalam konteks kewartawanan, khususnya berkaitan dengan isu etika, ketepatan fakta, privasi, dan hak cipta.
  5. Menggalakkan inovasi dalam kalangan wartawan dan pengamal media dengan menjadikan teknologi sebagai alat sokongan untuk meningkatkan mutu dan daya saing laporan berita.
Syarat Tambahan

Kursus ini terbuka kepada semua pengamal media di Sabah. Sila bawa laptop sendiri untuk memudahkan sesi pembelajaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 29/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 1: THE CHANGING FACE OF JOURNALISM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MODUL 2: AI FOR TRANSCRIPTION
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 3: AI FOR FACT-CHECKING & VERIFICATION
: MODUL 4: AI FOR CLEANING & ENHANCING AUDIO
Hari Ke-2 | 30/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 5: AI FOR WRITING & EDITING
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MODULE 6: AI FOR VISUAL & VIDEO CONTENT
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODULE 7: JOURNALISM ETHICS IN THE AGE OF AI
: MODULE 8: AI APP EXPLORATION LAB
Hari Ke-3 | 31/07/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: FINAL TASK: SMART AI JOURNALISM CHALLENGE
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PRESENTATION & FEEDBACK