Bengkel Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan ialah bengkel komprehensif khusus untuk pegawai sumber manusia yang menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan dan bengkel ini juga dapat membantu pegawai sumber manusia di agensi/jabatan yang mengendalikan Buku Perkhidmatan Kerajaan agar ianya benar-benar memberi impak yang menyeluruh bagaimana mengendalikan Buku Perkhidmatan dengan cekap dan sempurna.
Semua peserta dikehendaki mematuhi syarat serta peraturan kursus seperti berikut:
1. Para peserta dimohon untuk melaksanakan perkara berikut :
1.1. Melakukan ujian kendiri COVID-19 dalam tempoh 24 jam sebelum pendaftaran;
1.2. Peserta yang mempunyai simptom seperti batuk, selsema atau demam atau positif COVID-19 adalah DILARANG sama sekali berkursus di IKWAS;
2. Peserta yang mengendalikan Buku Perkhidmatan Kerajaan di tempat kerja
3. Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula
4. Para peserta dimohon untuk memakai TANDA NAMA (name tag) semasa menyertai sesi kursus.
5. Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus.
6. Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan peserta tidak menerima sijil kehadiran serta tidak melayakkan pegawai mendapat Sijil Kursus. Sebab-sebab tidak hadir hanya dibenarkan dan diberi pertimbangan oleh pihak urus setia.
7. Peserta hendaklah sentiasa mematuhi etika berpakaian semasa berkursus dan mematuhi arahan pihak IKWAS.
8. Pengurus Program akan memaklumkan kepada Ketua Jabatan/Penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Buku Perkhidmatan Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kaedah Merekod : Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal Merekod Kenyetaan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan dan Penyediaan Penyata Perubahan (Kew.8) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kaedah Merekod : Kenyataan Cuti & Lembaran Kelakuan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal Merekod Kenyataan Semakan Rekod Buku Perkhidmatan Kerajaan / Cuti & Lembaran Kelakuan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Latih Amal Buku Perkhidmatan Kerajaan / Pembentangan Kumpulan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pembentangan Kumpulan, Penilaian, Rumusan dan Penutup |