Minuman bubble tea atau pearl milk tea kian menjadi sebahagian daripada budaya makanan moden berdekad yang lalu. Komponen asal minuman ini ialah bebola kecil dan kenyal berwarna hitam (tapioca boba) kini telah berkembang menjadi pelbagai jenis bebola jus (pearls juice, popping boba) yang terkenal dengan sensasi letup dalam mulut bila dikunyah. Bebola jus dihasilkan melalui teknik gastronomi molekul yang dipanggil sferifikasi. Setakat ini, semua bebola jus di pasaran tempatan adalah diimport. Ramai pengusaha makanan tempatan dan chef restoran ingin mempelajari teknik pemprosesan bebola jus tanpa melibatkan mesin yang mahal, di samping mewujudkan lebih banyak pilihan cita rasa berasaskan bahan makanan tempatan. Pemprosesan pearls juice perisa tempatan boleh dibuat menggunakan jus buah-buahan tempatan.