Pemikiran manusia begitu luas dan sukar dijangkakan. Oleh yang demikian, amatlah penting untuk memahami strategi dalam berfikir agar hasil idea yang dikeluarkan dapat dimanfaatkan. Beberapa kaedah dan pandangan ahli pemikir turut dibincangkan dalam kursus ini bagi memberikan kefahaman yang jelas berkaitan teknik pemikiran yang hebat.
Mantan Perdana Menteri Malaysia menegaskan dalam Janji 21 : Memperkasakan Perkhidmatan Awam yang mana beliau amat menggalakkan warga perkhidmatan awam membudayakan kreativiti dan kebolehan berfikir di luar kotak agar dapat mempertajamkan kebolehan mereka dalam bidang masing-masing. Hanya melalui pembangunan idea yang berkesan akan mampu melahirkan 1,001 idea yang boleh digunakan, berfungsi dan menguntungkan. Keupayaan untuk melihat sesuatu idea dalam pelbagai perspektif atau sudut pandangan yang di luar kebiasaan akan membolehkan seseorang itu bertindak menyelesaikan masalah dengan kaedah yang amat menakjubkan.
Peserta yang dipilih akan menerima Surat Jemputan Kursus dan diberikan link ZOOM untuk kursus berkenaan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Kepada Kreativiti dan Inovasi | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Memahami Minda | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Creative Tool: Mind Provocation & Random Input |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Creative Tool: Random Input dan Keluar Dari Kebiasaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Creative Tool: Brainstorming & SCAMPER | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Sesi Creative Idea Jamming (Latihan Dalam Kumpulan) | |
: | Rumusan Penilaian & Penutup |