Carian Kursus

[ ISA0034 ] UNDERSTANDING AI IN COMMUNICATION AND MEDIA POLICY: BAD OR GOOD? [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Gelombang perkembangan AI telah bermula pada awal 2000-an dan secara pantas meluaskan gelombangnya kepada bidang seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan, komunikasi, media dan pelbagai lagi. Kepesatan teknologi ini adalah disebabkan AI telah banyak memberi manfaat terhadap kecekapan dan kepantasan dalam menguruskan pelbagai urusan harian manusia dan organisasi. Oleh itu, pada kursus yang akan dijalankan adalah untuk memberi pendedahkan mengenai kepentingan dan juga kelemahan AI yang boleh menjadikan AI ini kawan atau lawan terhadap kegunaan harian manusia/ organisasi khususnya kepada pegawai awam dan pengamal media.

Sehubungan itu, penggunaan AI dalam sektor komunikasi dan media telah berubah dan membantu menjadikan sistem penyampaian maklumat kepada khalayak lebih cepat dan efektif. Walau bagaimanapun, manfaat ini telah digunakan oleh pihak yang mengambil kesempatan untuk memberi/ menyampaikan maklumat yang salah dan tidak tepat sehingga menimbulkan pelbagai “damage control” kepada Negara/ organisasi dan individu.

Pada kursus ini juga, peserta akan didedahkan dengan tatacara dan etika penggunaan AI serta ancaman dan tindakan yang boleh diambil jika kita tidak cakna dengan dasar, peraturan yang disediakan oleh Kerajaan. Mulai tahun lepas (2024) dan tahun ini (2025) terdapat akta dan undang-undang yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengawal dan mengelola penggunaan teknologi di dunia siber. Ianya bertujuan untuk mengawal salah laku pengunaan individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menggunakan teknologi AI dan dunia siber ke arah yang membahayakan/ mengancam keselamatan dan perpaduan Negara. Justeru itu, kursus ini merupakan salah satu platform permulaan untuk memberi pengetahuan yang jelas dan nyata mengenai tatacara dan garis panduan yang telah dibangunkan oleh Kerajaan kepada pegawai awam dan pengamal media.

Objektif Kursus
  1. Mengetahui dan mempelajari manfaat dan cabaran teknologi AI dalam pengunaan harian serta dalam bidang komunikasi dan media.
  2. Mempelajari struktur kelolan yang telah dibangunakan oleh Kerajaan bagi memastikan setiap rakyat memahami kepentingan dasar yang dibangunkan.
  3. Melahirkan pegawai, rakyat, pengamal media dan modal insan yang cakna dan beretika dalam menggunakan dunia siber.
Syarat Tambahan

Kursus ini terbuka kepada semua pegawai awam dan pengamal media serta bakal pengamal media. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 08/10/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi I: Revolusi Kecerdasan Buatan (AI) - mendominasi Dunia atau didominasi Dunia?
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi II: Cabaran Kecerdasan Buatan (AI) dalam Komunikasi Massa: Kawan atau Lawan? - AI dalam Kewartawanan (Penulisan) - AI dalam Sektor Korporat (Imej dan Branding) - AI dalam Bidang Kreatif (Deepfakes dan Manipulasi)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi III: Penguatkuasaan Polisi Media Malaysia - Peranan dan Fungsi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)
Hari Ke-2 | 09/10/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi IV: Penguatkuasaan Polisi Media Malaysia - Peranan dan Fungsi Cyber Security Malaysia
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi V: Polisi dan Etika Media Malaysia
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi VI: Latihan Kajian Kes dan Pembentangan