Carian Kursus

[ SZA0053 ] Bengkel Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Bengkel Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan ialah bengkel komprehensif khusus untuk pegawai sumber manusia yang menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan dan bengkel ini juga dapat membantu pegawai sumber manusia di agensi/jabatan yang mengendalikan Buku Perkhidmatan Kerajaan agar ianya benar-benar memberi impak yang menyeluruh bagaimana mengendalikan Buku Perkhidmatan dengan cekap dan sempurna.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan tanggungjawab Ketua Jabatan, dasar-dasar umum dalam pengurusan buku rekod perkhidmatan dan penyata perubahan;
  2. Menulis kemahiran asas dan teknik-teknik penulisan buku rekod perkhidmatan dan penyata perubahan;
  3. Mengaplikasikan kemahiran dalam pengurusan rekod perkhidmatan yang efektif;
  4. Mencatatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan Buku Rekod Perkhidmatan.
Syarat Tambahan

Kursus ini akan dilaksanakan secara bersemuka. Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan. Sila pastikan HRMIS telah dikemaskini dengan butiran terkini.

Pegawai baru yang mengendalikan Buku Perkhidmatan Kerajaan diutamakan untuk menyertai kursus ini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/06/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran dan Taklimat Kursus
: Pengenalan Buku Perkhidmatan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kaedah Merekod Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal Merekod Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan
: Latih Amal Merekod Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan
Hari Ke-2 | 11/06/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Dan Penyediaan Penyata Perubahan (Kew.8)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kaedah Merekod Kenyataan Cuti & Lembaran Kelakuan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal - Merekod Kenyataan Semakan Rekod Buku Perkhidmatan Kerajaan / Cuti & Lembaran Kelakuan
: Latih Amal - Merekod Kenyataan Semakan Rekod Buku Perkhidmatan Kerajaan / Cuti & Lembaran Kelakuan
Hari Ke-3 | 12/06/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal Buku Kenyataan Perkhidmatan/Pembentangan Kumpulan
: Latih Amal Buku Kenyataan Perkhidmatan/Pembentangan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Kumpulan, Penilaian, Majlis Penutupan
: Pembentangan Kumpulan, Penilaian, Majlis Penutupan