Kursus ini dijalankan adalah selaras dengan keperluan semasa di dalam perkhidmatan awam, untuk menambah baik tatacara pengurusan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi menyemarakkan lagi kreativiti dan inovasi dalam sektor awam.
Pendedahan terhadap keperluan Penjawat Awam untuk peka terhadap Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 1/2016 iaitu Panduan Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke emel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian
Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan IKWAS dan semasa berada di Dewan Makan Anjung Selera. Pemakaian berikut adalah TIDAK DIBENARKAN: Jubah / Jeans / Seluar Pendek / Kain Pelikat / Selipar / T-shirt Leher Bulat.
3. Pergerakan Peserta
i. Peserta yang keluar dari kawasan IKWAS hendaklah kembali sebelum jam 11.00 malam.
ii. Ahli keluarga atau individu selain peserta kursus tidak dibenarkan memasuki bangunan asrama.
iii. Penghantaran makanan GrabFood / FoodPanda dibenarkan sehingga lobi asrama sahaja.
iv. Peserta hendaklah makan pada waktu yang telah ditetapkan serta mengosongkan Dewan Makan Anjung Selera 10 minit sebelum sesi kelas bermula.
4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.
ii. Peserta WAJIB membawa resit pembayaran semasa HARI PERTAMA pendaftaran kursus.
iii. Bayaran yuran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
5. Maklumat Kesihatan
Peserta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai isu kesihatan tertentu dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus bermula.
6. Maklumat Pemakanan
Peserta yang mempunyai keperluan diet khas seperti alergi makanan atau vegetarian (tidak memakan daging) dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus.
7. Kewajipan Kehadiran
Semua peserta WAJIB hadir pada hari pertama kursus sebelum jam 9.00 pagi.
8. Senaman Pagi
Peserta adalah dikehendaki hadir untuk senaman pagi pada HARI KEDUA kursus dengan berpakaian baju sukan lengkap..
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus Dan Taklimat Malaysia MADANI | |
| : | Pengenalan Kepada Panduan Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu KIK | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pengenalan Kepada Panduan Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu KIK | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Teknik dan Kaedah Penghasilan Projek - Overview Teknik dan Kaedah - Latih Amal Teknik & Kaedah |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Teknik dan Kaedah Penghasilan Projek - Overview Teknik dan Kaedah - Latih Amal Teknik & Kaedah (Sambungan) | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Teknik dan Kaedah Penghasilan Projek - Overview Teknik dan Kaedah - Latih Amal Teknik & Kaedah (Sambungan) | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Mekanisme Penilaian & Kriteria Pemarkahan |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Penyediaan Dokumentasi | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pembentangan Projek, Rumusan, Penilaian & Penutup |